TAJUK
5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah merupakan
kebolehan guru untuk mengawal murid-murid bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah juga ialah
proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan
komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah ialah pesekitaran
pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
Menurut Guey R. Lefroncis (1990), pengurusan bilik darjah merujuk kepada
sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang.
Hal ini bertujuan untuk memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
ISI-ISI PENTING
Pengurusan
bilik darjah terbahagi kepada 5 bahagian iaitu aktiviti pengajaran berkumpulan,
aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, pengurusan sumber dan
penyediaan bahan pengajaran.
Aktiviti
Pengajaran Berkumpulan
ü Menurut
L.M.Smith, pengajaran berkumpulan merupakan unit sosial yang terdiri daripada
beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sam lain dan saling
bergantung di antara mereka.
ü Pengajaran
secara berkumpulan merupakan satu kelompak atau pasukan yang mengandungi
beberapa orang murid yang bertingkah laku sama terlibat dalam proses
pembelajaran.
Tujuan
Aktiviti Pengajaran Berkumpulan
Þ guru
dapat mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
Þ dapat
membina softskill dalam diri pelajar
Þ pelajar
lebih selesa untuk bertanya soalan kepada rakan
Þ pelajar
yang mahir dapat membantu pelajar yang kurang mahir
Terdapat beberapa cara
kumpulan dibentuk. Antaranya ialah dengan minat pelajar dalam sesuatu bidang.
Misalnya, guru boleh klasifikasikan pelajar mengikut hobi pelajar ataupun
subjek kegemaran pelajar. Selain itu, kumpulan juga dibentuk melalui kebolehan dan
keupayaan pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai kebolehan memimpin
akan mengetuai satu kumpulan dan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk sesuatu
perkara akan memasuki ke kumpulan yang sama. Kumpulan juga dapat dibentuk
melalui persahabatan pelajar. Hal ini kerana, pelajar akan lebih selesa jika
berkumpulan dengan sahabat mereka. Cara ini sering diguna pakai oleh
pelajar-pelajar di sekolah mahupun di universiti.
Aktiviti
pengajaran individu
Aktiviti
pengajaran individu merupakan aktiviti yang berasaskan kepada kebolehan dan
prestasi individu. Hal ini kerana, dengan menfokuskan kepada seorang individu,
guru dapat menilai dengan lebih tepat kebolehan dan potensi individu tersebut.
Secara ringkasnya, aktiviti pengajaran individu ini bertujuan untuk
memperkembangkan potensi individu. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu
individu yang kurang mahir dalam sesuatu pelajaran.
Pusat Pembelajaran
Pusat
pembelajaran merupakan suatu ruang di dalam bilik darjah yang dilengkapi
dengan pelbagai bahan dan dihias mengikut kreativiti guru dan pelajar. Tujuan ruang pembelajaran ini diadakan
adalah untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Sebagaimcontoh, di sesebuah tadika, terdapat
beberapa sudut untuk kanak-kanak itu belajar
secara formal atau tidak formal. Antaranya, terdapat sudut bacaan ABC, sudut agama dan sudut kreativiti
kanak-kanak tersebut. Ruang ini bebas untuk meletakkan
apa-apa jenis pembelajaran.
Pengurusan Sumber
Pengurusan
sumber merupakan satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses
pengajaran dan pembelajaran sempurna.
Ianya juga dapat mewujudkan suasana dan
persekitaran pendidikan yang mencabar
serta menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar. Sebagai contoh ialah buku-buku,
komputer dan sebagainya.
Bahan pengajaran merupakan apa-apa
sahaja bahan yang digunakan dalam pengajaran
merangkumi alat dan isi pelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar. Sebagai contoh,
bahan-bahan fotostat, slaid, video dan sebagainya. Antara tujuan penggunaan bahan pengajaran ini
adalah untuk membantu guru dalam
menjelaskan apa yang hendak diajar. Misalnya, semasa guru mengajar subjek
pendidikan seni, guru perlu menunjukkan beberapa hasil seni bagi memastikan pelajar jelas dengan
ajarannya. Selain itu, bahan pengajaran dapat membantu
pelajar memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran juga dapat menarik minat pelajar.
Contohnya, subjek sejarah merupakan subjek yang pelajar kurang gemari kerana subjek tersebut
berdasarkan fakta. Jadi guru boleh
menggunakan bahan pengajaran seperti slaid atau video yang menerangkan
pembelajaran subjek tersebut dengan lebih menarik.
KESIMPULAN
Oleh yang
demikian, setiap guru perlulah mengetahui maksud pengurusan bilik darjah secara
mendalam dan cara untuk menguruskannya. Hal ini dapat membina sebuah organisasi
yang baik di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah bijak dalam memikirkan
pelbagai cara untuk mengatasi masalah disiplin yang sering berlaku di dalam
bilik darjah.
No comments:
Post a Comment