TAJUK 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pengurusan
murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu
murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program
pendidikan khas yang dijalankan keatas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran
sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan
khas merujuk kepada suatu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan
teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak mencapai target
yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
ISI-ISI PENTING
Kajian
mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini menfokuskan kepada empat topic perbincangan
iaitu:
ü Pemulihan
ü Penggayaan
ü Pelbagai
kecerdasan
ü Berkeperluankhas
PEMULIHAN
- Program pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
- Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
- Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (sering kalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
- Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan atau dihapuskan agar mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
- Program pemulihan ini dapat membantu mengembangkan potensi diri murid berdasarkan kaedah pengajaran kreatif yang dilakukan oleh guru-guru yang pakar dalam bidang ini.
PENGAYAAN
- Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluas pengalaman mereka.
- Program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang permikiran murid.
Jenispengayaan:
ü Mendatar
o Aktiviti pengayaan berdasarkan tahap pencapaian
murid
o Murid-murid
dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang mudah dan kurang mencabar
ü Menegak
o Aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
o Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk
yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang
lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid biasa.
Prinsip
program pengayaan :
ü Memberi penekanan kepada aktiviti
yang bersifat kreatif dan eksperimental
ü Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri
ü Menggunakan daya usaha sendiri
ü Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial
ü Menggunakan kaedah dan sifat organisasi
yang mudah ubah
ü Melibatkan pembacaan luas
PELBAGAI KECERDASAN
Teori Kecerdasan
Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan
profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah
lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ
adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan
yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia,
kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang
telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
ü Kecerdasan
verbal- linguistik
ü Kecerdasanlogik-
matematik
ü Kecerdasanfizikal-
kinestatik
ü Kecerdasan
visual- spatial
ü Kecerdasan muzikal-
ritma
ü Kecerdasan intrapersonal
ü Kecerdasan interpersonal
ü Kecerdasan naturalis
BERKEPERLUAN KHAS
Dalam konteks ini,
keperluan khas merujuk kepada keperluan pelajar iaitu atas satu sebab atau yang lain
memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Pelajar yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak
yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih sebab berikut:
ü Kerencatan akal
ü Kecacatan fizikal
ü Kekurangan penglihatan
ü Kekurangan pendengaran
ü Gangguan pertuturan
ü Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka,
sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.
Jenis-jenis pelajar
yang berkeperluan khas yang layak mengikuti program pendidikan khas yang
dilaksanakan di sekolah :
ü Kanak-kanak
yang lembam
ü Kurang keupayaan mental
ü Mempunyai masalah kesihatan
ü Autistik ringan
ü Down
syndrome
ü Mempunyai masalah emosi
ü Mempunyai masalah kecelaruan bahasa dan pertuturan
RUMUSAN
Secara kesimpulannya,
pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
Pelaksanaan program
ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid
dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya
ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran
yang lebih baik dalam kelas. Saranan KPM kepada guru
untuk melaksanakan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang
memberi kesan positif kepada murid yang cenderung dalam ketegori pelbagai upaya ini.
Natijahnya, setiap murid memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Adalah penting bagi seseorang guru
untuk memahami perkara tersebut dan berkeupayaan untuk mempelbagaikan pendekatan yang
berbeza untuk menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran secara holistik menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 ini selari dengan salah satu aspirasi Transformasi Nasional 2050
(TN50) bagi memacu negara pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment