Tuesday, April 2, 2019

TAJUK 12 : PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


                 TAJUK 12 : PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

ISI-ISI PENTING
HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT

KONSEP MASYARAKAT
  • Kumpulan yang mempunyai persamaan, berkait rapat antara satu sama lain dan menduduki sesuatu wilayah tertentu bersama-sama.
  • Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif.
  • Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai suatu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetik.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN SEKOLAH

KONSEP SEKOLAH

  • Sekolah adalah tempat yang paling penting untuk proses sosialisasi bagi membentuk sesebuah masyarakat setempat.
  • Menurut Willard Waller (1932), terdapat 4 alasan yang menyatakan bahawa sekolah sebagai unit sosialiaitu:

ü  Mempunyai anggota yang nyata
ü  Mempunyai struktur sosial yang jelas
ü  Suasana yang membantu dalam perhubungan yang harmoni
ü  Mempunyai budaya yang tersendiri
  • Hubungan sekolah dengan masyarakat adalah satu interaksi yang dapat membantu untuk mencapai sesuatu matlamat dalam membentuk sesebuah masyarakat dan mendapatkan aspirasi daripada masyarakat serta menjalinkan kerjasama yang baik antara sekolah dengan masyarakat luar. Hubungan ini boleh dibentuk melalui program-program yang dijalankan bersama.

HUBUNGAN DENGAN GURU

KONSEP GURU

Guru sebagai pengganti ibubapa

ü  Kebajikan murid terletak pada tanggungjawab guru sepanjang mereka berada disekolah.
ü  Memberi perhatian kepada murid ketika mereka di sekolah.

Guru sebagai seorang kerani yang membantu pentadbiran sekolah. 

ü  Guru menyediakan soalan peperiksaan dan menyemaksoalan.
ü  Guru menyediakan surat jemputan kepada ibubapa untuk jemputan program di sekolah.

Guru sebagai seorang kaunselor yang membantu pelajar untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan mereka.

ü  Membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan akademik.

HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA

KONSEP IBU BAPA

  • Tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak akan memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah contohnya melalui prestasi akademi kanak-anak.
  • Ibubapa yang prihatin akan dapa tmembantu melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang.
  • Ketidak fahaman ibubapa dan sekolah akan menyebabkan kemerosotan prestasi sekolah tersebut.
  • Membantu memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah dengan menghadiri mesyuarat PIBG.


RUMUSAN
  • Hubungan sekolah dengan pelbagai pihak dapat membantu pentadbiran sekolah kearah kemajuan dan meningkatkan prestasi sekolah.
  • Menjalinkan hubungan dengan masyarakat untuk merapatkan hubungan sekolah dan pihak luar.
  • Memberi peluang kepada semua pihak seperti murid --> murid dalam proses berinteraksi.


No comments:

Post a Comment

GAMBAR AHLI KUMPULAN 6

Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...