TAJUK 8 : PENGURUSAN
TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
PENGENALAN
Tingkah laku menurut Lahey (2009)
bermaksud perbuatan yang terhasil kesan daripada pemikiran dan emosi seseorang padasuatu
masa tertentu. Setiap tingkah laku yang berlaku adalah disebabkan oleh emosi seseorang
pada ketika itu dan cara dia berfikir semasa suatu emosi itu mengganggu dirinya.
Manakala menurut Dreikurs (1968) pula menyatakan bahawa terdapat empat sebab mengapa
murid melakukan salah laku di sekolah adalah untuk mendapatkan perhaitan, kuasa,
membalas dendam dan kurang keyakinan diri.
Terdapat tiga jenis tingkah laku yang
diketengahkan oleh Akhiar dan Shamsina (2012) iaitu tingkah laku disruptif di
mana ianya adalah perlakuan yang disengajakan oleh murid seperti pertengkaran,
kecerewetan dan menyibuk dengan hal yang tidak penting sehingga menghalang
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku seterusnya adalah tingkah laku
distrukif di mana pelajar merosak, mencedera, membahayakan dan mengakibatkan kerugian
diri sendiri atau harta benda sekolah. Tingkah laku terakhir adalah tingkah laku
kebergantungan yang mana murid terlalu mengharapkan sokongan daripada ibubapa atau
guru-guru.
Masalah tingkah laku pelajar selalunya akan
diuruskan oleh guru disiplin. Walau bagaimanapun, guru kelas dan rakan sebaya
juga haruslah memainkan peranan supaya tidak berlakunya masalah disiplin yang
berat di sekolah untuk mengekalkan persekitaran sekolah yang selesa dan selamat
untuk pelajar.
ISI
PENTING
PENGURUSAN
DEVIAN DAN SALAH LAKU
Jenis-jenis Devian:
- Inovasi
(memenuhi matlamat dengan cara yang
salah)
Contoh: Pelajar meniru dalam peperiksaan
untuk dapatkan markah yang tinggi
(Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan)
Contoh: Pelajar mengulang-ulang tingkah laku
kecewa dengan sesuatu
- Undur
(Melakukan alternatif lain setelah tidak
berminat dengan matlamat asalnya)
Contoh: Pelajar ponteng sekolah kerana kecewa
dengan pelajarannya
- Menentang
(Menolak matlamat persekolahan dengan menggantikan
dengan matlamat lain)
Contoh: Datang sekolah bukan untuk belajar
tetapi mencuri
Cara menangani devian pelajar:
- Pastikan kebenaran salah laku yang dilakukan pelajar.
- Buat siasatan sebagai bukti pelajar melakukan kesalahan
- Kuatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan salahlaku pelajar di sekolah
- Guru kelas dan pihak pentadbiran perlu bagi tumpuan khusus kepada pelajar yang melakukan devian
- Kenakan hukuman yang adil, memberikan pengajaran kepada pelajar dan tidak merugikan pelajar
- Maklumkan kepada ibubapa berkaitan perilaku devian pelajar
- Rekod kesalahan pelajar dan maklumkan kes-kes serius kepada PPD
- Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada.
- Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan Negara pada masa hadapan.
- Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.
Tujuan
SSDM
- Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
- Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
- Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
- Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
- Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.
Peranan
Dan Tugas
Guru
- Melaporkan Kes salah laku dan Amalan Baik
Ketua
Guru Disiplin / GPK HEM
- Menentukan kesahan kes dan mencadangkan tindakan
- Memberi ruang ‘membela diri’ kepada murid
- Menjalankan mesyuarat Lembaga Disiplin untuk menetapkan hukuman
- Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah
Pengetua
- Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan, atau meminda tindakan, dan membuat pengesahan
- Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah
Guru
Unit BimbingandanKaunseling
- Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan
- Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah
KESIMPULAN
Dapat disimpulan bahawa, pengurusan tingkah
laku dan disiplin adalah sangat penting dan harus dititikberatkan di sekolah untuk
memastikan masalah disiplin di sekolah terkawal dan tidak berlakunya masalah disiplin
yang berat. Nama baik sekolah juga dapat dijaga dan dipandang tinggi oleh masyarakat
kerana berjaya melahirkan pelajar yang bermoral tinggi.
No comments:
Post a Comment