TAJUK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
PENDAHULUAN
Menurut kamus dewan, perkataan
“Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan,
penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai
sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan
penilaian dalam konteks perkhidmatan. Antara fungsinya termasuk merancang,
menyediakan bajet, mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual, membuat
keputusan dan menilai. Manakala, bagi perkataan “Budaya” pula, terdapat banyak
definisinya yang dikemukakan, antaranya ialah kemajuan
fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya)
Malaysia sering dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang bangsa dan kaum oleh kebanyakkan negara di bumi ini.
Dengan adanya kepelbagaian rumpun ini maka wujudlah kepelbagaian budaya yang
sukar dinafikan dalam sesebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik
iaitu Melayu, Cina, India yang merupakan kaum majoriti
di Malaysia manakala masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain menjadi kaum minoriti
di Malaysia ini. Setiap etnik mempunyai budaya yang berbeza-beza yang diwarisi dari nenek moyang
mereka yang terdahulu. Walaupun Malaysia hidup dengan bervariasi kaum,
budaya dan etnik namun Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai
kerana setiap penduduknya telah di ajar untuk menghormati agama dan budaya dari kaum yang lain melalui rukun negara yang dibentuk untuk menyatupadukan penduduk. Namun
dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak hanya dilihat dari segi
ras, etnik dan adat budaya sahaja bahkan ia
juga telah merangkumi skop yang lebih meluas seperti ilmu pengtahuan,
kepercayaan, keseniaan, tatsusila, undang-undang, adat resam dan juga lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyrakat di Malaysia. Bukan itu sahaja
kepelbagaian budaya juga boleh dikaitkan dengan budaya di dalam bilik
darjah. Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah boleh dilihat dari
aspek pelajar rajin dan pelajar malas, bijak dan kurang bijak,
memberi perhatian dan tidak memberi perhatian serta pelbagai
contoh yang lain.
ISI-ISI PENTING
1. Budaya di dalam bilik darjah
Dari segi aspek fizikal, bilik darjah perlulah
dilengkapi dengan meja dan kerusi yang sesuai dan mencukupi untuk murid serta
boleh diubahsuai mengikut keperluan aktiviti. Murid juga perlulah dibahagi
dalam kumpulan yang sama, walaupun terdiri daripada etnik yang berbeza. Hal ini
demikian bagi menyusun atur semula tempat duduk murid dalam bilik darjah supaya
terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan
etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik sahaja dikelompokkan dalam satu
kumpulan. Apabila ada perbincangan secara berkumpulan atau aktiviti lain yang
melibatkan pembentukkan kumpulan, maka aktiviti tersebut akan terdiri daripada
pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu
kumpulan dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya. Pembelajaran
dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya. Tegasnya pembelajaran dalam
persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba
ilmu secara berkesan.
2. Budaya dengan guru
Kesedaran
guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan pelbagai
kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan
kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan
guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut.
Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai
masalah bahasa dan bertutur. Guru
perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur
terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi
dan berkomunikasi dengan murid
Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan mereka.
3. Budaya dengan masyarakat
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh ramai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi
mewujudkan dan memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah bermula
daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, guru-guru sekolah rendah haruslah memainkan peranan yang
besar bagi membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa
setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama.
Pendidikan di awal usia murid-murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat
yang berupaya bekerjasama dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi yang utuh bukan
sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai
aspek yang lain.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran akan terus meningkat standing dengan mutu pendidikan di
Negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada
sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di
sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukkan tingkah
laku dan keselamatan di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP), keterbukaan
dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar
menyumbang kepada pembentukkan budaya sekolah. Walaubagaimanapun, budaya
sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan.
RUJUKAN
Budaya bilik darjah. Laman sesawang http://faizahembi.blogspot.com/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html.
Dicapai pada 26 Mac 2019.
Budaya dengan masyarakat. Laman sesawang https://www.google.com/search?ei=Eu2ZXOSVAsyPwgPW1IP4Bw&q=budaya+murid+dengan+masyarakat&oq=budaya+murid+dengan+masyarakat&gs_l=psy-ab.3...15913.17554..18538...0.0..0.104.550.5j1......0....1..gws-wiz.......0i71j35i304i39j0i8i7i30j0i13i5i30j0i13i5i10i30j0i8i13i30.MTSFt9N2aMU.
Dicapai pada 26 Mac 2019.
No comments:
Post a Comment