Tuesday, April 2, 2019

TAJUK 9 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHAT


TAJUK 9 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHAT


PENGENALAN
Bimbingan dan penasihatan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh sekolah. Hal ini kerana, dengan adanya bimbingan dan penasihat, masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar disekolah dapat dikongsikan dengan guru. Secara tidak langsung hubungan antara guru dan murid dapat dieratkan dan dapat mengurangkan bebanan masalah murid.
Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
Manakala kaunseling pula merupakan proses untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling
Amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembangan manusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.





ISI PENTING

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Syarat Kelayakan Untuk Menjadi Guru Kaunseling
  • Mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioral science dan kaunseling
  • Ada pemilihan dan latihan kaunselor seperti praktikum
  • Memerlukan masa dan latihan yang khusus.


HubungKait Guru Displin Dengan Guru Kaunseling
  • Pelajar  yang melanggar peraturan sekolah atau yang bermasalah akan berjumpa dengan guru displin terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan guru kaunselor.
  • Guru displin sahaja dibenar memegang rotan manakala guru kanselor hanya boleh memberikan nasihat.
  • Guru displin lebih kepada menghukum pelajar manakala guru kaunselor lebih kepada membimbing dan membantu pelajar.
  • Maklumat yang didapati berkaitan dengan pelajar bermasalah oleh guru displin bermanfaat kepada guru kaunselor.


Peranan Guru Kaunseling Di Sekolah
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
1)      Sesi kaunseling
Þ    Sesi kaunseling individu (kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan)
Þ    Sesi kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hamper sama)
2)      Sesi bimbingan
Þ    Sesi bimbingan individu (pelajar yang dating bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang berkesan)
Pengurusan Dan Pentadbiran
            Urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah atau agensi luar
Akademik
            Kaunselor bertanggungjawab untuk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota, pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji, menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan
Kerjaya
            Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya
Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
            Meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak melalui program-program yang berteraskan kepada kerohanian, komunikasi dan sebagainya di sekolah
Kaunseling Keibubapaan
            Kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibubapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah
Pembangunan Diri
Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan



PendidikanPencegahanDadah/ Rokok/ Inhalan/ HIV/ AIDS
Þ    Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah
Þ    Pelajar akan diberikan info berkaitan dengan dadah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS
EtikaSebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling
1.      Tanggungjawab terhadap klien
Þ    Hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa kaunseling melainkan yang membahayakan klien dan orang sekelilingnya
2.      Tanggungjawab terhadap rakan profesional
Þ    Bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan guru kaunseling yang tidak beretika
3.      Tanggungjawab terhadap masyarakat
Þ    Guru kaunseling juga hendaklah memahami dan menghormati unsure sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat
4.      Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan
Þ    Hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya
KESIMPULAN
Natijahnya, bimbingan dan kaunseling adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan di sekolah. Dengan adanya bimbingan dan kaunseling, pelajar-pelajar dapat berkongsi masalah bersama guru kaunseling untuk mengurangkan tekanan perasaan.

No comments:

Post a Comment

GAMBAR AHLI KUMPULAN 6

Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...