TAJUK 6 :
PENGURUSAN SUMBER
PENGENALAN
Menurut Buck (2010), pengurusan
merupakan satu seni untuk melaksanakan proses kerja yang terancang dan
dilakukan secara sistematik, mempunyai garis panduan yang tertentu serta
teratur. Manakala menurut Henry (1916) pula terdapat 5 aspek penting dalam
pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah, mengawal dan menyelaras.
Sumber pula merujuk kepada tenaga dan bahan yang digunakan bagi melaksanakan
sesuatu. Oleh itu, pengurusan sumber ditakrifkan sebagai manusia yang
mengorganisasikan sumber melalui proses merancang, mengawal dan memimpin bagi
mencapai sesuatu matlamat.
Proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bukanlah sesuatu yang mudah.
Oleh itu, seorang guru perlulah bijak dalam memilih sumber pembelajaran yang
akan digunakan semasa P&P. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid
memahami topik yang diajarkan oleh guru. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran
yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai seperti sumber
yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu.
ISI-ISI PENTING
Pembelajaran
berasaskan sumber (PBS) sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) kerana murid-murid hanya akan belajar melalui guru mereka sahaja jika
tiada sumber pembelajaran yang digunakan semasa P&P. Pusat sumber merupakan
salah satu sumber yang sering digunakan oleh guru dan murid-murid. Pusat Sumber
Sekolah (PSS) merupakan sebuah tempat yang menyediakan pelbagai bahan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dan murid-murid.
Misalnya, di PSS terdapat berbagai buku yang boleh digunakan sebagai rujukan.
Selain pusat sumber, penggunaan
bahan maujud juga diklasifikasikan sebagai sumber dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrik atau bahan sebenar yang
boleh disentuh dan dipegang. Sebagai contoh, komputer, alat tulis, bangunan dan
sebagainya adalah bahan maujud. Bahan-bahan ini juga dibahagikan kepada tiga
jenis iaitu realia awet, spesimen dan realia asli. Penggunaan bahan-bahan
maujud ini dapat meningkatkan tahap pemahaman murid-murid mengenai sesuatu
perkata.
Jenis-jenis Sumber
Pembelajaran
Terdapat beberapa jenis sumber
pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah sumber berasaskan manusia, bahan bercetak, bahan
pandang dengar dan sumber berasaskan komputer. Dibawah merupakan contoh-contoh
bagi setiap jenis sumber pembelajaran.
Jenis-jenis
Sumber
|
Contoh
|
Sumber
berasaskan manusia
|
Rakan
sebaya
Guru
Pakar
bidang
Pegawai
sumber
|
Bahan
Bercetak
|
Buku
Majalah
Jurnal
Surat
khabar
Kamus
Buku
teks
|
Bahan
Pandang Dengar
|
Mikrofon
Radio
Televisyen
Video
|
Sumber
Berasaskan Komputer
|
Disket
Cakera
padat
Disket
video
Internet
|
Ciri-ciri
Pembelajaran Berasaskan Sumber (PBS)
- Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
- PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif.
- Dengan adanya berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dapat ditingkatkan.
- PBS memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan.
- Dapat mengembangkan keyakinan pelajar dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
- PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
Kelebihan Dan
Kelemahan Pengurusan Sumber
Antara kelebihan pengurusan sumber
ialah dengan adanya pengurusan sumber seperti pusat sumber, ianya dapat menarik
minat pelajar unutk kerap mengunjungi pusat sumber bagi mencari bahan-bahan
pembelajaran yang mereka perlukan. Selain itu, pusat sumber dapat memudahkan
guru dan pelajar untuk berurusan. Misalnya, jika pelajar perlu berjumpa dengan
guru untuk bertanya mengenai pengajaran yang mereka tidak faham, mereka boleh
berjumpa di pusat sumber. Seterusnya, pengurusan sumber dapat membantu guru
untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam sesautu topik itu.
Kelemahan pengurusan sumber pula
ialah tiada kakitangan perkeranian untuk membantu dalam proses rutin harian di
pusat sumber. Hal ini kerana, kebanyakkan pusat sumber diuruskan oleh seorang
guru yang dipilih oleh pengetua. Guru tersebut dibantu oleh pelajar-pelajar
yang terpilih untuk menjadi pengawas pusat sumber. Hal ini telah mengehadkan
masa untuk pelajar melawati pusat sumber. Tambahan pula, pengawas pusat sumber kekurangan
latihan dan kepakaran dalam menguruskan pusat sumber. Misalnya, segelintir
daripada mereka tidak tahu dimana bahan-bahan diletakkan. Pelajar atau guru
perlu mencarinya sendiri.
KESIMPULAN
Pengurusan sumber dalam bidang
pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah
diajar kepada mereka. Malahan, guru juga mampu menyampaikan sesuatu pengajaran
dengan lebih berkesan berpandukan kepada sumber yang digunakan. Pembelajaran
berasaskan sumber juga dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sesuatu pengajaran dan pembelajaran
perlulah menggunakan sumber yang betul bagi mendapatkan pembelajaran yang
berkesan.
RUJUKAN
Abdul Malek Bilal
Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur Darul Fikir Z675 A23 1995
Aslinda (2009),
Modul Pengurusan Sumber, 25 Oktober, http://www.scribd.com/document/53622683/PENGURUSAN-SUMBER- PEMBELAJARAN
Irdawati
Kamaruzaman. (2013). Pengurusan Sumber. Diperolehi Daripada http://www.slideshare.net/irdawatikamaruzaman/pengurusan
-sumber-18409481
No comments:
Post a Comment