TAJUK 7 : STRATEGI
PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat,
pengurusan didefinasikan sebagai mengendalikan sesuatu perihal agar lebih teratur
dan kemas. Umumnya, bilik pembelajaran merupakan bilik darjah dimana tempat berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan pelajar. Dalam konteks pendidikan,
pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik
dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan
dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan yang selesa dan kemas
didalam kelas sangat member kesan kepada pelajar. Hal ini kerana, dengan adanya
situasi yang selesa, sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku
dengan baik dan lancar. Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja
pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas,
pencahayaan dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran
dalam bilik darjah.
ISI
PENTING
KONSEP BILIK DARJAH
DAHULU
Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang
pokok besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau
atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.
SEKARANG
Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang
guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran
pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah
secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam,
alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam
satu-satu kelas. Bilik darjah terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah
bilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah
prasekolah, multimedia dan mata pelajaran khas. Bilik darjah tradisi merupakan bilik
darjah yang sesuai untuk PnP yang berpusatkan guru. Hal ini kerana bilik darjah
tradisi mempunyai susun atur kerusi dan meja baris demi baris. Aktiviti melibatkan
murid dalam proses PnP jarang digunakan.
Bilik darjah terbuka
- Aktiviti
PdP biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di beberapa tempat di bilik
darjah secara serentak.
- Tiada
kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih,
merancang, dan melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati.
- Ujian,
peperiksaan, dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat
minimum.
- Murid-murid
bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.
Bilik
darjah bercantum
- Umur
murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan
mereka.
- Bilangan
murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14orang.
- Semasa
guru mengajar murid dalam satu tahun persekolahan,murid-murid dari tahun persekolahan
yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri.
- Biasanya
melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk
yang tidak ramai.
Bilik
darjah prasekolah
- Kanak-kanak
dalam lingkungan 4-6 tahun.
- Tempat
melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal.
- Kebanyakan
aktiviti pembelajaran melibatkan permainan.
- Dinding
dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni.
Bilik
darjah multimedia
- Dilengkapi
dengan computer untuk aktiviti PdP.
- Pelajar
digalakkan memperoleh maklumat melalui internet.
- Strategi
PdP adalah berpusatkan pelajar dan bahan.
- Guru
berperanan sebagai fasilitator.
- Interaksi
pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.
Bilik
darjah mata pelajaran khas
- Menjalankan
aktiviti seperti amali/projek tertentu.
- Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti amali/projek (misalnya sinki,paip air, dan lain-lain).
- Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan.
Strategi
pengurusan bilik darjah
·
Saiz
bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid.
·
Ukuran
bilik darjah untuk 40 orang murid = 7m x 9 m.
·
Mempunyai
ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.
·
Kerusi
dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid)
·
Kerusi
dan meja guru
·
Papan
hitam/putih
· Papan
kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan,
sudut mata pelajaran,sudut bacaan dan rujukan)
Ciri-ciri
keselamatan dalam bilik darjah
- Ruang
kerja selesa – susun atur perabot
- Ruang
kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
- Cahaya
dan pengudaraan yang cukup
- Tempat
pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
- Sudut
pameran/hasil kerja murid
- Stor
(bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
- Papan
tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa, strategi pengurusan
bilik pembelajaran adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh guru
dan kakitangan sekolah. Hal ini kerana, susunan bilik pembelajaran akan mempengaruhi
minat dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila bilik
pembelajaran berada dalam keadaan selesa dan kemas, sudah pasti pelajar dapat
focus dan berasa selamat untuk belajar. Interaksi antara pelajar juga dapat ditingkatkan
untuk mendapatkan maklumat jika susunan bilik darjah mengikut susunan abad ke
21.
No comments:
Post a Comment