Wednesday, March 27, 2019

TAJUK 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

TAJUK 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

PENGENALAN
            Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan.  Manakala kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk memimpin sesebuah persatuan melalui teladan. Kepimpinan pengajaran pula adalah segala tindakan yang wajar dilakukan bagi memperkembangkan potensi dan menarik minat setiap palajar.
            Organisasi yang baik mempunyai visi dan misi yang kedepan serta cemerlang.  Pimpinan dalam organisasi organisasi adalah jabatan atau posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang memduduki jabatan sebagai pemimpin. Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang ( AbdKarim 1989 ).  Selain itu, menurut ( Robbins, 2033 ) organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.
ISI PENTING
            Kepimpinan di peringkat sekolah dibahagikan kepada empat iaitu Autokratik, Demokratik, Laissez – Faire dan Kontigensi. Autokratik adalah kepimpinan secara sehala iaitu daripada seorang pemimpin kepada orang yang dipimpinnya. Demokratik pula mengamalka sikap adil dan sama rata. Bagi Laissez – Faire pula, ianya bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh Autokratik. Yang terakhir adalah kontigensi iaitu kepimpinan yang berpandukan kepada sesebuah situasi yang sedang dihadapi. Antara contoh kepimpinan autokratik yang diamalkan di sekolah ialah pengetua member arahan, guru – guru hanya mendengar dan mengikut sahaja . Guru – guru tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau member cadangan. Jadi, ia akan menyebabkan motivasi guru – guru menjadi rendah. Maka, guru – guru akan terlalu bergantung kepada pengetua.
            Selain itu, gaya kepimpinan Demokratik pula yang diamalkan di sekolah ialah interaksi dua hala. Pengetua akan berbincang, menerima dan member pandangan serta member peluang kepada guru untuk menaja idea.  Setiap sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama – sama. Gaya ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru – guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tenang dan gembira.  Dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Mengalakkan kerjasama, hormat dan hubungan mesra antara pelajar dengan guru. Tapi gaya ini juga mempunyai kelemahan iaitu tempoh masa untuk membuat keputusan adalah lebih lama untuk medapatkan keputusan yang tepat dan bernas.
            Sehubungan dengan itu, gaya lain yang diamalkan di sekolah adalah Laissez – Faire. Gaya ini bertentangan dengan Autokratik kerana ia menyebabkan seseorang guru tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak mempunyai matlamat yang tetap.  Pengetua memberikan kebebasan sepenuhnya kepada guru untuk membuat keputusan. Pengetua tidak membuat penilaian , tidak member pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli atau guru. Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli atau guru. Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru – guru. Jadi dalam hal in akan menyebabkan guru – guru melakukan kerja dengan sambil lewa atau curi tulang dan menyebabkan organisasi menjadi tidak teratur dan kerja yang perlu dilaksanakan menjadi tertunggak.
            Seterusnya, gaya kepimpinan Kontingensi.  Dimana semua sumbangan pemimpin dilihat dalam bentuk keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung pada gaya kepimpinan dan kesesuaian yang dihadapinya. Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Gaya ini melibatkan tiga factor utama yang mempengaruhi kesesuaian dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur tugas dan posisi kuasa. Menurut Noriati A.Rashidet . al. ( 2010 ) . Teori atau model Kontingensi sering dibuat atau disebut sebagai teori situasi ketan teori ini mengemukakan kepimpinan yang bergantung pada situasi. Model atau teori Kontigensi Fiedler ini menjelaskan tentang kelompok efektif yang bergantung pada kecocockan antara gaya kepimpinan yang berinteraksi dengan subordit sehingga situasi menjadi pengendali dan berpengaruh terhadap pemimpin. Misalnya menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon ( 2010 ) kepimpinan ini boleh dilihat apabila guru besar menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud.
            Antara ciri – cirri seorang guru yang berkepimpinan adalah berdasarkan amalan pembelajaran yang berterusan, tidak mementingkan diri sendiri, berkebolehan dalam memipin, mampu menjadi teladan untuk para pelajar dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Menjadi seorang guru berkemahiran membuat keputusan adalah sangat penting. Hal ini kerana apabila seorang guru gagal dalam membuat keputusan yang melibatkan para pelajarnya, dia akan melihat kegagalanya itu merosakkan diri para pelajarnya.
Gaya pengajaran seseorang guru itu menunjukka bagaimana sikap kepimpinan yang diamalkannya di dalam kelas. Kepimpinan di dalam kelas atau bilik darjah ini melibatkan cara guru – guru menarik perhatian para pelajarnya dan membuatkan para pelajar focus sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Kemahiran ini juga wujud apabila para guru ini menguruskan sesebuah kelas yang mempunyai para pelajar dengan tahap kepintaran dan perkembangan berbeza.
KESIMPULAN
            Sebagai kesimpulannya, dalam menjayakan sesebuah organisasi, pemimpinnya perlulah mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi agar dapat menyakinkan anak buahnya dan juga masyarakat sekeliling. Di sekolah pengetua sebagai pemimpin yang dibantu oleh guru – guru yang lain sentiasa berusaha untuk memastikan semua para pelajarnya dapat mencapai kejayaan yang diigini.  Kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Hakikatnya, guru tetap perlu menjaga integriti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Dalam kontek sini, semua guru dan warga sekolah perlu mengamalkan sikap professional dan lebih terbuka dalam menghadapi senario ini dengan menganggapnya tidak lebih dari sekadar pandangan yang positif.


SUMBER
Ishak Mad Shah ( 2008 ) Kepimpinan Dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi Johor Universiti Teknologi Malaysia HM1261 1848
Abdul Malek Bilal Sidek( 1995 ) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran.   Kuala Lumpur Darul Fikir Z675 A23 1995.

No comments:

Post a Comment

GAMBAR AHLI KUMPULAN 6

Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...