Tuesday, April 2, 2019

TAJUK 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


TAJUK 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


PENGENALAN
Tingkah laku menurut Lahey (2009) bermaksud perbuatan yang terhasil kesan daripada pemikiran dan emosi seseorang padasuatu masa tertentu. Setiap tingkah laku yang berlaku adalah disebabkan oleh emosi seseorang pada ketika itu dan cara dia berfikir semasa suatu emosi itu mengganggu dirinya. Manakala menurut Dreikurs (1968) pula menyatakan bahawa terdapat empat sebab mengapa murid melakukan salah laku di sekolah adalah untuk mendapatkan perhaitan, kuasa, membalas dendam dan kurang keyakinan diri.
Terdapat tiga jenis tingkah laku yang diketengahkan oleh Akhiar dan Shamsina (2012) iaitu tingkah laku disruptif di mana ianya adalah perlakuan yang disengajakan oleh murid seperti pertengkaran, kecerewetan dan menyibuk dengan hal yang tidak penting sehingga menghalang proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku seterusnya adalah tingkah laku distrukif di mana pelajar merosak, mencedera, membahayakan dan mengakibatkan kerugian diri sendiri atau harta benda sekolah. Tingkah laku terakhir adalah tingkah laku kebergantungan yang mana murid terlalu mengharapkan sokongan daripada ibubapa atau guru-guru.
Masalah tingkah laku pelajar selalunya akan diuruskan oleh guru disiplin. Walau bagaimanapun, guru kelas dan rakan sebaya juga haruslah memainkan peranan supaya tidak berlakunya masalah disiplin yang berat di sekolah untuk mengekalkan persekitaran sekolah yang selesa dan selamat untuk pelajar.
ISI PENTING
PENGURUSAN DEVIAN DAN SALAH LAKU
Jenis-jenis Devian:
  • Inovasi

(memenuhi matlamat dengan cara yang salah)
Contoh: Pelajar meniru dalam peperiksaan untuk dapatkan markah yang tinggi
  •  Ritual

(Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan)
Contoh: Pelajar mengulang-ulang tingkah laku kecewa dengan sesuatu
  • Undur

(Melakukan alternatif lain setelah tidak berminat dengan matlamat asalnya)
Contoh: Pelajar ponteng sekolah kerana kecewa dengan pelajarannya
  • Menentang

(Menolak matlamat persekolahan dengan menggantikan dengan matlamat lain)
Contoh: Datang sekolah bukan untuk belajar tetapi mencuri
Cara menangani devian pelajar:
  • Pastikan kebenaran salah laku yang dilakukan pelajar.
  • Buat siasatan sebagai bukti pelajar melakukan kesalahan
  • Kuatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan salahlaku pelajar di sekolah
  • Guru kelas dan pihak pentadbiran perlu bagi tumpuan khusus kepada pelajar yang melakukan devian
  • Kenakan hukuman yang adil, memberikan pengajaran kepada pelajar dan tidak merugikan pelajar
  • Maklumkan kepada ibubapa berkaitan perilaku devian pelajar
  • Rekod kesalahan pelajar dan maklumkan kes-kes serius kepada PPD

 Pengenalan SSDM
  • Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada.
  • Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan Negara pada masa hadapan.
  • Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

Tujuan SSDM
  • Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
  • Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
  • Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
  • Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
  • Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

Peranan Dan Tugas
Guru
  • Melaporkan Kes salah laku dan Amalan Baik

Ketua Guru Disiplin / GPK HEM
  • Menentukan kesahan kes dan mencadangkan tindakan
  • Memberi ruang ‘membela diri’ kepada murid
  • Menjalankan mesyuarat Lembaga Disiplin untuk menetapkan hukuman
  • Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

Pengetua
  • Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan, atau meminda tindakan, dan membuat pengesahan
  • Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

Guru Unit BimbingandanKaunseling
  • Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan
  • Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

KESIMPULAN
Dapat disimpulan bahawa, pengurusan tingkah laku dan disiplin adalah sangat penting dan harus dititikberatkan di sekolah untuk memastikan masalah disiplin di sekolah terkawal dan tidak berlakunya masalah disiplin yang berat. Nama baik sekolah juga dapat dijaga dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana berjaya melahirkan pelajar yang bermoral tinggi.

TAJUK 7 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


TAJUK 7 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, pengurusan didefinasikan sebagai mengendalikan sesuatu perihal agar lebih teratur dan kemas. Umumnya, bilik pembelajaran merupakan bilik darjah dimana tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan pelajar. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan yang selesa dan kemas didalam kelas sangat member kesan kepada pelajar. Hal ini kerana, dengan adanya situasi yang selesa, sudah pasti proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan baik dan lancar. Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
ISI PENTING

KONSEP BILIK DARJAH

DAHULU
Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah.Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.

SEKARANG
Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  satu-satu kelas. Bilik darjah terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjah prasekolah, multimedia dan mata pelajaran khas. Bilik darjah tradisi merupakan bilik darjah yang sesuai untuk PnP yang berpusatkan guru. Hal ini kerana bilik darjah tradisi mempunyai susun atur kerusi dan meja baris demi baris. Aktiviti melibatkan murid dalam proses PnP jarang digunakan.

Bilik darjah terbuka
  •  Aktiviti PdP biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di beberapa tempat di bilik darjah secara serentak.
  • Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih, merancang, dan melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati.
  • Ujian, peperiksaan, dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum.
  • Murid-murid bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.

Bilik darjah bercantum
  •   Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan mereka.
  •       Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14orang.
  •   Semasa guru mengajar murid dalam satu tahun persekolahan,murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri.
  •    Biasanya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk yang tidak ramai.

Bilik darjah prasekolah
  •        Kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.
  •        Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal.
  •        Kebanyakan aktiviti pembelajaran melibatkan permainan.
  •        Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni.

Bilik darjah multimedia
  •        Dilengkapi dengan computer untuk aktiviti PdP.
  •        Pelajar digalakkan memperoleh maklumat melalui internet.
  •        Strategi PdP adalah berpusatkan pelajar dan bahan.
  •        Guru berperanan sebagai fasilitator.
  •         Interaksi pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.

Bilik darjah mata pelajaran khas
  •        Menjalankan aktiviti seperti amali/projek tertentu.
  •        Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti amali/projek (misalnya sinki,paip air, dan lain-lain).
  •         Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan.

Strategi pengurusan bilik darjah
·         Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid.
·         Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7m x 9 m.
·         Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.
·         Kerusi dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid)
·         Kerusi dan meja guru
·         Papan hitam/putih
·    Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran,sudut bacaan dan rujukan)

Ciri-ciri keselamatan dalam bilik darjah
  •         Ruang kerja selesa – susun atur perabot
  •         Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
  •         Cahaya dan pengudaraan yang cukup
  •         Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
  •         Sudut pameran/hasil kerja murid
  •         Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
  •         Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin


Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa, strategi pengurusan bilik pembelajaran adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh guru dan kakitangan sekolah. Hal ini kerana, susunan bilik pembelajaran akan mempengaruhi minat dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila bilik pembelajaran berada dalam keadaan selesa dan kemas, sudah pasti pelajar dapat focus dan berasa selamat untuk belajar. Interaksi antara pelajar juga dapat ditingkatkan untuk mendapatkan maklumat jika susunan bilik darjah mengikut susunan abad ke 21.

TAJUK 6 : PENGURUSAN SUMBER


                                           TAJUK 6 : PENGURUSAN SUMBER
PENGENALAN
            Menurut Buck (2010), pengurusan merupakan satu seni untuk melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilakukan secara sistematik, mempunyai garis panduan yang tertentu serta teratur. Manakala menurut Henry (1916) pula terdapat 5 aspek penting dalam pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah, mengawal dan menyelaras. Sumber pula merujuk kepada tenaga dan bahan yang digunakan bagi melaksanakan sesuatu. Oleh itu, pengurusan sumber ditakrifkan sebagai manusia yang mengorganisasikan sumber melalui proses merancang, mengawal dan memimpin bagi mencapai sesuatu matlamat.
            Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)  bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, seorang guru perlulah bijak dalam memilih sumber pembelajaran yang akan digunakan semasa P&P. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid memahami topik yang diajarkan oleh guru. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai seperti sumber yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu.

ISI-ISI PENTING
            Pembelajaran berasaskan sumber (PBS) sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana murid-murid hanya akan belajar melalui guru mereka sahaja jika tiada sumber pembelajaran yang digunakan semasa P&P. Pusat sumber merupakan salah satu sumber yang sering digunakan oleh guru dan murid-murid. Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan sebuah tempat yang menyediakan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dan murid-murid. Misalnya, di PSS terdapat berbagai buku yang boleh digunakan sebagai rujukan.
            Selain pusat sumber, penggunaan bahan maujud juga diklasifikasikan sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud merupakan bahan konkrik atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Sebagai contoh, komputer, alat tulis, bangunan dan sebagainya adalah bahan maujud. Bahan-bahan ini juga dibahagikan kepada tiga jenis iaitu realia awet, spesimen dan realia asli. Penggunaan bahan-bahan maujud ini dapat meningkatkan tahap pemahaman murid-murid mengenai sesuatu perkata.

Jenis-jenis Sumber Pembelajaran
            Terdapat beberapa jenis sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah sumber berasaskan manusia, bahan bercetak, bahan pandang dengar dan sumber berasaskan komputer. Dibawah merupakan contoh-contoh bagi setiap jenis sumber pembelajaran.
Jenis-jenis Sumber
Contoh
Sumber berasaskan manusia
           Rakan sebaya
          Guru
           Pakar bidang
          Pegawai sumber
Bahan Bercetak
         Buku
         Majalah
          Jurnal
          Surat khabar
          Kamus
          Buku teks
Bahan Pandang Dengar
         Mikrofon
           Radio
          Televisyen
           Video
Sumber Berasaskan Komputer
         Disket
         Cakera padat
         Disket video
         Internet


Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Sumber (PBS)
  • Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
  • PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif.
  • Dengan adanya berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dapat ditingkatkan.
  • PBS memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan.
  • Dapat mengembangkan keyakinan pelajar dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
  • PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.

Kelebihan Dan Kelemahan Pengurusan Sumber
            Antara kelebihan pengurusan sumber ialah dengan adanya pengurusan sumber seperti pusat sumber, ianya dapat menarik minat pelajar unutk kerap mengunjungi pusat sumber bagi mencari bahan-bahan pembelajaran yang mereka perlukan. Selain itu, pusat sumber dapat memudahkan guru dan pelajar untuk berurusan. Misalnya, jika pelajar perlu berjumpa dengan guru untuk bertanya mengenai pengajaran yang mereka tidak faham, mereka boleh berjumpa di pusat sumber. Seterusnya, pengurusan sumber dapat membantu guru untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam sesautu topik itu.
            Kelemahan pengurusan sumber pula ialah tiada kakitangan perkeranian untuk membantu dalam proses rutin harian di pusat sumber. Hal ini kerana, kebanyakkan pusat sumber diuruskan oleh seorang guru yang dipilih oleh pengetua. Guru tersebut dibantu oleh pelajar-pelajar yang terpilih untuk menjadi pengawas pusat sumber. Hal ini telah mengehadkan masa untuk pelajar melawati pusat sumber. Tambahan pula, pengawas pusat sumber kekurangan latihan dan kepakaran dalam menguruskan pusat sumber. Misalnya, segelintir daripada mereka tidak tahu dimana bahan-bahan diletakkan. Pelajar atau guru perlu mencarinya sendiri.

KESIMPULAN
            Pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Malahan, guru juga mampu menyampaikan sesuatu pengajaran dengan lebih berkesan berpandukan kepada sumber yang digunakan. Pembelajaran berasaskan sumber juga dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sesuatu pengajaran dan pembelajaran perlulah menggunakan sumber yang betul bagi mendapatkan pembelajaran yang berkesan.

RUJUKAN
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala         Lumpur Darul Fikir Z675 A23 1995
Aslinda (2009), Modul Pengurusan Sumber, 25 Oktober,             http://www.scribd.com/document/53622683/PENGURUSAN-SUMBER-          PEMBELAJARAN
Irdawati Kamaruzaman. (2013). Pengurusan Sumber. Diperolehi Daripada             http://www.slideshare.net/irdawatikamaruzaman/pengurusan -sumber-18409481


TAJUK 5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


TAJUK 5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
            Pengurusan bilik darjah merupakan kebolehan guru untuk mengawal murid-murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan bilik darjah juga ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah ialah pesekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Menurut Guey R. Lefroncis (1990), pengurusan bilik darjah merujuk kepada sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang. Hal ini bertujuan untuk memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
ISI-ISI PENTING
            Pengurusan bilik darjah terbahagi kepada 5 bahagian iaitu aktiviti pengajaran berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, pengurusan sumber dan penyediaan bahan pengajaran.
Aktiviti Pengajaran Berkumpulan
ü  Menurut L.M.Smith, pengajaran berkumpulan merupakan unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang berinteraksi di antara satu sam lain dan saling bergantung di antara mereka.
ü  Pengajaran secara berkumpulan merupakan satu kelompak atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid yang bertingkah laku sama terlibat dalam proses pembelajaran.
Tujuan Aktiviti Pengajaran Berkumpulan
Þ    guru dapat mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
Þ    dapat membina softskill dalam diri pelajar
Þ    pelajar lebih selesa untuk bertanya soalan kepada rakan
Þ    pelajar yang mahir dapat membantu pelajar yang kurang mahir

            Terdapat beberapa cara kumpulan dibentuk. Antaranya ialah dengan minat pelajar dalam sesuatu bidang. Misalnya, guru boleh klasifikasikan pelajar mengikut hobi pelajar ataupun subjek kegemaran pelajar. Selain itu, kumpulan juga dibentuk melalui kebolehan dan keupayaan pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai kebolehan memimpin akan mengetuai satu kumpulan dan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk sesuatu perkara akan memasuki ke kumpulan yang sama. Kumpulan juga dapat dibentuk melalui persahabatan pelajar. Hal ini kerana, pelajar akan lebih selesa jika berkumpulan dengan sahabat mereka. Cara ini sering diguna pakai oleh pelajar-pelajar di sekolah mahupun di universiti.
Aktiviti pengajaran individu
Aktiviti pengajaran individu merupakan aktiviti yang berasaskan kepada kebolehan dan prestasi individu. Hal ini kerana, dengan menfokuskan kepada seorang individu, guru dapat menilai dengan lebih tepat kebolehan dan potensi individu tersebut. Secara ringkasnya, aktiviti pengajaran individu ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu individu yang kurang mahir dalam sesuatu pelajaran.
Pusat Pembelajaran
Pusat pembelajaran merupakan suatu ruang di dalam bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan dan dihias mengikut kreativiti guru dan pelajar. Tujuan ruang pembelajaran ini diadakan adalah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Sebagaimcontoh, di sesebuah tadika, terdapat beberapa sudut untuk kanak-kanak itu belajar secara formal atau tidak formal. Antaranya, terdapat sudut bacaan ABC, sudut agama dan sudut kreativiti kanak-kanak tersebut. Ruang ini bebas untuk meletakkan apa-apa jenis pembelajaran.
Pengurusan Sumber
Pengurusan sumber merupakan satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Ianya juga dapat mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang mencabar serta menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar. Sebagai contoh ialah buku-buku, komputer dan sebagainya.
 Penyediaan Bahan Pengajaran
 Bahan pengajaran merupakan apa-apa sahaja bahan yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar. Sebagai contoh, bahan-bahan fotostat, slaid, video dan sebagainya. Antara tujuan penggunaan bahan pengajaran ini adalah untuk membantu guru dalam menjelaskan apa yang hendak diajar. Misalnya, semasa guru mengajar subjek pendidikan seni, guru perlu menunjukkan beberapa hasil seni bagi memastikan pelajar jelas dengan ajarannya. Selain itu, bahan pengajaran dapat membantu pelajar memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran juga dapat menarik minat pelajar. Contohnya, subjek sejarah merupakan subjek yang pelajar kurang gemari kerana subjek tersebut berdasarkan fakta. Jadi guru boleh menggunakan bahan pengajaran seperti slaid atau video yang menerangkan pembelajaran subjek tersebut dengan lebih menarik.

KESIMPULAN

            Oleh yang demikian, setiap guru perlulah mengetahui maksud pengurusan bilik darjah secara mendalam dan cara untuk menguruskannya. Hal ini dapat membina sebuah organisasi yang baik di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah bijak dalam memikirkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah disiplin yang sering berlaku di dalam bilik darjah.



Wednesday, March 27, 2019

TAJUK 4 : PENGURUSAN MURID


TAJUK 4 : PENGURUSAN MURID

PENGENALAN
            Menurut Jaafar Muhammad ( 1998 ) mendefinisikan pengurusan murid sebagaisatu proses yang digunakan untuk mengagihkan input – input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasi, pengarahan dan pengawalan. Hal ini bertujuan untuk mengeluarkan output ( perkhidmatan ) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi dapat dicapai. Proses pengurusan murid ini terdiri daripada beberapa aspek iaitu proses perancangan, pentadbiran dan pengawalan atau pemulihan.
            Menurut Azman B. Hj Adnan ( InstitutAminuddinBaki ) di dalam kursus Pengurusan dan kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan resos – resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses – proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.
ISI – ISI PENTING
            Isi penting yang saya perolehi dalam topik ini adalah mengenai Sistem Maklumat Murid Berkomputer ( SMM ), Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS , E – Pantau dan Sistem Laporan Adab Belajar, Sistem Maklumat Murid Berkomputer ( SMM ) ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 oleh Tuan Haji MohdYusod bin Muda, yang pada ketika itu beliau merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada masa itu. Sistem Maklumat Murid Berkomputer ( SMM ) mengandungi beberapa maklumat seperti senarai rekod kesihatan murid, rekod Rancangan Makanan Tambahan, rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian, dan kemudahan mendaftar untuk murid.
            Pentaksiran Berasaskan Sekolah pula ini merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistic iaitu dari aspek kognitif ( intelek ), afektif ( emosi dan rohani ) dan psikomotor ( jasmani ) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. PBS ini telah mula dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat sekolah menengah pada tahun 2012. Pada tahun 2016, murid – murid sekolah rendah telah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) yang di tambah baik. Dan pada tahun 2014 pula Penilaian Menegah Rendah( PMR ) telah dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS. Matlamat PBS adalah untuk menilai perkembagan dan kemajuan murid secara menyeluruh melalui aspek pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi membuat tindakan susulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah merupakan individu yang akan mengendalikan PBS dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru – guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar mampu meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan.
            Seterusnya, E – Pantau merupakan gabungan antara Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan untuk memantau prestasi peperiksaan bulanan di sekolah – sekolah . Sistem ini dicipta kerana ingin mengurangkan beban yang dipikul oleh guru – guru membuat analisis seperti yang dikehendaki sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik – bilik darjah. Justeru itu, sistem E – Pantau ini juga membolehkan sekolah – sekolah menentukan Take – off Value ( TOV ) setiap murid sebelum melaksanakan Expected Target Result ( ERT ).
            Selain itu, pada bulan Januari 2004, Sistem Laporan Adab Beajar telah diperkenalkan di sekolah ekoran daripada cadangan Kementerian Pendidikan( 2003 ).  Sistem ini dilaksanakan untuk menilai murid dari segi pencapaian akademik dan mereka perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emoasi dan tingkah laku. Tambahan pula, Sistem Laporan Adab Belajar merupakan satu medium untuk melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap setiap murid. Penilaian ini dilaksanakan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran di sekolah tersebut.
            Seterusnya, isi penting yang saya perolehi adalah mengenai kesediaan murid belajar. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, istilah ‘ kesedian ‘ ditakrifkan sebagai perihal sedia, kesanggupan atau kerelaan. Manakala istilah ‘ belajar ‘ pula bermaksud berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Oleh itu, ‘ kesedian belajar ‘ boleh ditakrifkan sebagai keadaan status diri individu yang rela untuk menerima suatu ilmu pengetahuan dengan berfikiran terbuka daripada menerima suatu ilmu pengetahuan dengan berfikiran terbuka daripada persekitarannya.  Terdapat tiga jenis kesediaan belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif, dan kesediaan psikomotor. Kesediaan konitif adalah kesediaan belajar untuk melakukan aktiviti aktiviti seperti berfikir, menaakul, menganalisis dan menilai. Keupayaan kesedian kognitif ini akan bertambah mengikut tahap perkembangan umur seseorang. Piaget ( 1952 ) mengatakan bahawa teori ini boleh diaplikasikan untuk merancang aktiviti pembelajaran dan objektif.  Kesediaan afektif pula merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan suatu aktiviti. Manakala kesediaan psikomotor pula berkaitan dengan penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan oto aktiviti fizikal. Kesediaan psikomotor ini harus diambil kira kerana setiap murid mempunyai potensi dan tindakan fizikal yang berlainan walaupun berada pada umur yang sama.
            Selain itu, terdapat faktor domain yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu factor pengalaman dan kemantangan. Faktor pengalaman adalah pengalaman yang asas mampu menyediakan individu mengikut proses pengajaran dan pembemlajaran dengan lebih mudah dan jelas. Faktor kematangan pula berkaitan dengan proses pertumbuhan yang wujud dalam setiap diri murid, dan merupakan unsur yang penting dalam prasyarat pembelajaran berkesan. Faktor ini dibahagikan kepada empat peringkat iaitu kemantangan fizikal, mental, social dan emosi.
KESIMPULAN
            Sebagai rumusnya, seorang guru itu seharusnya tidak memberikan focus yang sepenuhnya kepada aktiviti mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru  tersebut haruslah mengetahui tentang pengurusan murid dan mengaplikasikannya kepada setiap murid. Ini kerana murid – murid tersebut memerlukan seorang penolong yang arif untuk menolong mereka melebarkan sayapnya ketahap yang lebih tinggi dalam dunia pendidikan.

RUJUKAN

Ang Jit Eng( 2007 ) pengurusan disiplin murid Kuala Lumpur PTS Professional Publishing LB3012 4 M4 A54
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim ( 2001 ) Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid     shah alam Selangor cerdik pub lb 10275 m59
Abdul Malek Bilal Sidek( 1995 ) pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.      Kuala Lumpur Darulfikri Z675 A23 1995


GAMBAR AHLI KUMPULAN 6

Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...