Folio KPS3014
TAJUK 1, TAJUK 2, TAJUK 3, TAJUK 4, TAJUK 5, TAJUK 6, TAJUK 7, TAJUK 8, TAJUK 9, TAJUK 10, TAJUK 11, TAJUK 12, TAJUK 13
Thursday, April 4, 2019
GAMBAR AHLI KUMPULAN 6
Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D20181083359), Nur Shazwin Asyiera Binti Abdul Ghani (D20181083485) & Aina Munirah Binti Adhar @ Rosli (D20181083501)
TAJUK 13: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Tajuk 13: Pengurusan alam
pembelajaran
PENDAHULUAN
Menurut Haji Samsudin
bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan,
kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.
Menurut Lee Shok Mee
(1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat
meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah
laku kearah positif dan daripada tingkah laku kepada tahu.
Menurut Noraisah Ibni
Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang
diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran
tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar
terhadap pengajaran tersebut.
ISI-ISI PENTING
1. Etika pemakaian guru
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
6/1985 bertajuk Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan,
Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat
Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian
Pelajaran bertarikh 9 Mei 1985 ada menyatakan tentang garis panduan pemakaian
guru lelaki dan wanita.
Menurut surat pekeliling ini,
sebagai golongan pendidik, guru-guru dan lain-lain pegawai perkhidmatan
pelajaran sentiasa mencuri tumpuan pelajar dan masyarakat sama ada di dalam
mahupun di luar kawasan sekolah. Golongan ini sememangnya mempunyai pengaruh
yang besar ke atas pendidikan pelajar-pelajar serta masyarakat. Oleh itu,
guru-guru patut mengenakan pakaian yang sesuai dan sewajarnya apabila bertugas
di dalam mahupun di luar sekolah.
Di samping mengenakan pakaian
yang kemas dan bersih, guru-guru perlulah memakai pakaian yang bersesuaian
seiring dengan profesion sebagai seorang pendidik. Ini adalah kerana pakaian
melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan itu sendiri. Oleh itu, berikut adalah
peraturan pakaian yang telah ditetapkan.
Guru Lelaki
i - Seluar panjang dan
berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau 'bush-jacket' atau 'lounge
suit'. Jika berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan.
Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
ii - Kasut kulit atau lain-lain
kasut yang sejenis dengannya.
iii - Pakaian baju melayu
lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu
dan dipakai dengan seluar panjang.
iv - Pakaian baju melayu dengan
kain sarong, 'jeans', 'track suit', seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi, kasut
sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis
pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.
Guru Perempuan
i - Pakaian kebangsaan atau
pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak
menjolok mata.
ii - Kasut kulit, selipar, cerpu
atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian
yang ditetapkan.
iii - Kasut sukan, 'jeans',
'slacks', 'track suit', kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa
pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan
menjolok mata, tidak boleh dipakai.
2. Kemahiran asas yang
perlu ada pada guru
Terdapat beberapa
ciri-ciri khusus yang perlu dimiliki oleh setiap guru abad ke-21 ini. Antaranya
ialah menguasai sepenuhnya ilmu yang ingin dicurahkan kepada murid. Guru
haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang akan diajar. Jika guru
kurang menguasai subjek yang diamanahkan, kesannya guru akan tidak bersedia dan
terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarinya
kepada murid.
Selain itu, guru
perlulah mahir dan berketrampilan dalam pedagogi serta memahami perkembangan
dan menyayangi murid-muridnya. Guru yang mahir dalam menggunakan pelbagai
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan
PnP di dalam kelas tentu akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
kondusif dan mesra pelajar. Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan
bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu
menyayangi mereka seadanya.
Guru juga perlu
berkemahiran untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya
dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan
membantu seseorang guru itu untuk berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang
pendidik. Sebagai tambahan, guru perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika
berurusan dengan pelajar. Kemahiran ini akan dapat membantu pelajar dalam
menangani emosi, masalah sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang sering
dihadapi oleh remaja. Kemahiran ini akan menjadi salah satu kelebihan untuk
guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan
dalam dan luar bilik darjah.
Seterusnya, kemahiran asas
lain yang wajar guru miliki ialah cekap dalam menggunakan teknologi terkini.
Hal ini demikian kerana teknologi IT merupakan salah satu ciri penting bagi
guru abad ke-21. Selain daripada murid yang memang semakin mahir dalam
penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, oleh itu guru juga perlulah
seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar di dalam
kelas. Tegasnya, pembelajaran yang menggunakan LCD dan aplikasi atas talian di
alam maya sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam
kelas.
3. Tiga aspek alam
pembelajaran (fizikal, psikososial, ciri-ciri komuniti pembelajaran)
Komponen fizikal termasuklah semua aspek fizikal
seperti bilik darjah, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan di
dalam dan di luar bilik darjah. Menurut Tessmer
dan Harris (1992), persekitaran fizikal adalah berkaitan dengan sesuatu perkara
yang kita boleh rasa, kualiti deria, dan objek yang kita temui. Antaranya ialah
perabot bilik darjah, ruang, cahaya, kualiti udara dan teknologi, termasuklah
bahan-bahan pengajaran dan kemudahan dalam persekitaran pembelajaran.
Manakala komponen
psikososial pula berkaitan dengan interaksi yang berlaku antara pelajar dengan
pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan persekitaran. Persekitaran
psikososial bilik darjah melibatkan guru dan pelajar dan hubungan antara satu
sama lain. Aspek psikososial dalam persekitaran pembelajaran termasuklah
kelakuan dan interaksi pelajar dan guru di dalam bilik darjah tersebut dan
meliputi aspek keselamatan, kesihatan, kemesraan, keceriaan, kawalan disiplin
dan unsur kemanusiaan yang lain. Kedua-dua komponen ini saling melengkapi
antara satu sama lain dalam mencipta dan membentuk satu
persekitaranpembelajaran dan mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku di
dalamnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya
minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan
maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.
Guru sebagai penggerak
dan pendorong, pembimbing, perancang, pemupuk semangat dan pembentuksahsiah
murid. Dalam memenuhi tanggungjawab ini, guru bukan hanya perlu memilih
strategi pengajaran yang berkesan, malah perlu memberi penekanan terhadap aspek
bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjah ataupon luar bilik darjah.
Pendidikan dilihat
sebagai saluran untuk menyampaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam
minda generasi muda. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu
dititikberatkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan budaya.
RUJUKAN
Standard pemakaian bagi
seorang guru. Laman sesawang http://www.cikguhailmi.com/2016/01/6-ciri-ciri-guru-abad-ke-21.html.
Dicapai pada 1 April 2019.
Kemahiran tambahan bagi
seseorang guru. Laman sesawang https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/pekeliling-tatacara-pemakaian-guru-lelaki-dan-perempuan-1.775060.
Dicapai pada 1 April 2019.
Tuesday, April 2, 2019
TAJUK 12 : PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
TAJUK 12 : PENGURUSAN
SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN
MASYARAKAT
KONSEP MASYARAKAT
- Kumpulan yang mempunyai persamaan, berkait rapat antara satu sama lain dan menduduki sesuatu wilayah tertentu bersama-sama.
- Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif.
- Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai suatu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetik.
HUBUNGAN
SEKOLAH DENGAN SEKOLAH
KONSEP SEKOLAH
- Sekolah adalah tempat yang paling penting untuk proses sosialisasi bagi membentuk sesebuah masyarakat setempat.
- Menurut Willard Waller (1932), terdapat 4 alasan yang menyatakan bahawa sekolah sebagai unit sosialiaitu:
ü
Mempunyai anggota
yang nyata
ü
Mempunyai struktur sosial
yang jelas
ü
Suasana
yang membantu dalam perhubungan yang harmoni
ü
Mempunyai budaya
yang tersendiri
- Hubungan sekolah dengan masyarakat adalah satu interaksi yang dapat membantu untuk mencapai sesuatu matlamat dalam membentuk sesebuah masyarakat dan mendapatkan aspirasi daripada masyarakat serta menjalinkan kerjasama yang baik antara sekolah dengan masyarakat luar. Hubungan ini boleh dibentuk melalui program-program yang dijalankan bersama.
HUBUNGAN DENGAN GURU
KONSEP GURU
Guru sebagai pengganti ibubapa
ü Kebajikan murid terletak pada tanggungjawab
guru sepanjang mereka berada disekolah.
ü Memberi perhatian kepada murid ketika mereka di
sekolah.
Guru sebagai seorang kerani yang
membantu pentadbiran sekolah.
ü Guru
menyediakan soalan peperiksaan dan menyemaksoalan.
ü Guru menyediakan surat jemputan kepada ibubapa untuk jemputan program
di sekolah.
Guru sebagai seorang kaunselor yang
membantu pelajar untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan mereka.
ü Membantu murid dalam menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan akademik.
HUBUNGAN DENGAN IBU
BAPA
KONSEP IBU BAPA
- Tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak akan memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah contohnya melalui prestasi akademi kanak-anak.
- Ibubapa yang prihatin akan dapa tmembantu melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang.
- Ketidak fahaman ibubapa dan sekolah akan menyebabkan kemerosotan prestasi sekolah tersebut.
- Membantu memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah dengan menghadiri mesyuarat PIBG.
RUMUSAN
- Hubungan sekolah dengan pelbagai pihak dapat membantu pentadbiran sekolah kearah kemajuan dan meningkatkan prestasi sekolah.
- Menjalinkan hubungan dengan masyarakat untuk merapatkan hubungan sekolah dan pihak luar.
- Memberi peluang kepada semua pihak seperti murid --> murid dalam proses berinteraksi.
TAJUK 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
TAJUK 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Pengurusan
murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu
murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program
pendidikan khas yang dijalankan keatas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran
sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan
khas merujuk kepada suatu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan
teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak mencapai target
yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
ISI-ISI PENTING
Kajian
mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini menfokuskan kepada empat topic perbincangan
iaitu:
ü Pemulihan
ü Penggayaan
ü Pelbagai
kecerdasan
ü Berkeperluankhas
PEMULIHAN
- Program pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
- Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
- Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (sering kalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
- Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan atau dihapuskan agar mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.
- Program pemulihan ini dapat membantu mengembangkan potensi diri murid berdasarkan kaedah pengajaran kreatif yang dilakukan oleh guru-guru yang pakar dalam bidang ini.
PENGAYAAN
- Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluas pengalaman mereka.
- Program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang permikiran murid.
Jenispengayaan:
ü Mendatar
o Aktiviti pengayaan berdasarkan tahap pencapaian
murid
o Murid-murid
dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang mudah dan kurang mencabar
ü Menegak
o Aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
o Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk
yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang
lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid biasa.
Prinsip
program pengayaan :
ü Memberi penekanan kepada aktiviti
yang bersifat kreatif dan eksperimental
ü Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri
ü Menggunakan daya usaha sendiri
ü Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial
ü Menggunakan kaedah dan sifat organisasi
yang mudah ubah
ü Melibatkan pembacaan luas
PELBAGAI KECERDASAN
Teori Kecerdasan
Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan
profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah
lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ
adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan
yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia,
kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang
telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
ü Kecerdasan
verbal- linguistik
ü Kecerdasanlogik-
matematik
ü Kecerdasanfizikal-
kinestatik
ü Kecerdasan
visual- spatial
ü Kecerdasan muzikal-
ritma
ü Kecerdasan intrapersonal
ü Kecerdasan interpersonal
ü Kecerdasan naturalis
BERKEPERLUAN KHAS
Dalam konteks ini,
keperluan khas merujuk kepada keperluan pelajar iaitu atas satu sebab atau yang lain
memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Pelajar yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak
yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih sebab berikut:
ü Kerencatan akal
ü Kecacatan fizikal
ü Kekurangan penglihatan
ü Kekurangan pendengaran
ü Gangguan pertuturan
ü Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka,
sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.
Jenis-jenis pelajar
yang berkeperluan khas yang layak mengikuti program pendidikan khas yang
dilaksanakan di sekolah :
ü Kanak-kanak
yang lembam
ü Kurang keupayaan mental
ü Mempunyai masalah kesihatan
ü Autistik ringan
ü Down
syndrome
ü Mempunyai masalah emosi
ü Mempunyai masalah kecelaruan bahasa dan pertuturan
RUMUSAN
Secara kesimpulannya,
pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.
Pelaksanaan program
ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid
dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya
ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran
yang lebih baik dalam kelas. Saranan KPM kepada guru
untuk melaksanakan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang
memberi kesan positif kepada murid yang cenderung dalam ketegori pelbagai upaya ini.
Natijahnya, setiap murid memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Adalah penting bagi seseorang guru
untuk memahami perkara tersebut dan berkeupayaan untuk mempelbagaikan pendekatan yang
berbeza untuk menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran secara holistik menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 ini selari dengan salah satu aspirasi Transformasi Nasional 2050
(TN50) bagi memacu negara pada masa hadapan.
TAJUK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
TAJUK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
PENDAHULUAN
Menurut kamus dewan, perkataan
“Pengurusan” didefinisikan sebagai pengarajan dan pengawalan pengelolaan,
penyelenggaran. Dengan kata lain, pengurusan boleh didefinisikan sebgai
sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan
penilaian dalam konteks perkhidmatan. Antara fungsinya termasuk merancang,
menyediakan bajet, mengawal, mengarah, mengelola, menyediakan jadual, membuat
keputusan dan menilai. Manakala, bagi perkataan “Budaya” pula, terdapat banyak
definisinya yang dikemukakan, antaranya ialah kemajuan
fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya)
Malaysia sering dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang bangsa dan kaum oleh kebanyakkan negara di bumi ini.
Dengan adanya kepelbagaian rumpun ini maka wujudlah kepelbagaian budaya yang
sukar dinafikan dalam sesebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik
iaitu Melayu, Cina, India yang merupakan kaum majoriti
di Malaysia manakala masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan
kaum-kaum lain menjadi kaum minoriti
di Malaysia ini. Setiap etnik mempunyai budaya yang berbeza-beza yang diwarisi dari nenek moyang
mereka yang terdahulu. Walaupun Malaysia hidup dengan bervariasi kaum,
budaya dan etnik namun Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan damai
kerana setiap penduduknya telah di ajar untuk menghormati agama dan budaya dari kaum yang lain melalui rukun negara yang dibentuk untuk menyatupadukan penduduk. Namun
dalam konteks pendidikan, kepelbagaian budaya tidak hanya dilihat dari segi
ras, etnik dan adat budaya sahaja bahkan ia
juga telah merangkumi skop yang lebih meluas seperti ilmu pengtahuan,
kepercayaan, keseniaan, tatsusila, undang-undang, adat resam dan juga lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyrakat di Malaysia. Bukan itu sahaja
kepelbagaian budaya juga boleh dikaitkan dengan budaya di dalam bilik
darjah. Kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah boleh dilihat dari
aspek pelajar rajin dan pelajar malas, bijak dan kurang bijak,
memberi perhatian dan tidak memberi perhatian serta pelbagai
contoh yang lain.
ISI-ISI PENTING
1. Budaya di dalam bilik darjah
Dari segi aspek fizikal, bilik darjah perlulah
dilengkapi dengan meja dan kerusi yang sesuai dan mencukupi untuk murid serta
boleh diubahsuai mengikut keperluan aktiviti. Murid juga perlulah dibahagi
dalam kumpulan yang sama, walaupun terdiri daripada etnik yang berbeza. Hal ini
demikian bagi menyusun atur semula tempat duduk murid dalam bilik darjah supaya
terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan
etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik sahaja dikelompokkan dalam satu
kumpulan. Apabila ada perbincangan secara berkumpulan atau aktiviti lain yang
melibatkan pembentukkan kumpulan, maka aktiviti tersebut akan terdiri daripada
pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu
kumpulan dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya. Pembelajaran
dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya. Tegasnya pembelajaran dalam
persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba
ilmu secara berkesan.
2. Budaya dengan guru
Kesedaran
guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan pelbagai
kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan
kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan
guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut.
Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai
masalah bahasa dan bertutur. Guru
perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur
terutamanya murid Cina dan India supaya kerap berinteraksi
dan berkomunikasi dengan murid
Melayu untuk memantapkan lagi pertuturan mereka.
3. Budaya dengan masyarakat
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh ramai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi
mewujudkan dan memupuk perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah bermula
daripada peringkat akar umbi lagi. Justeru, guru-guru sekolah rendah haruslah memainkan peranan yang
besar bagi membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa
setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama.
Pendidikan di awal usia murid-murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat
yang berupaya bekerjasama dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi yang utuh bukan
sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai
aspek yang lain.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran akan terus meningkat standing dengan mutu pendidikan di
Negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada
sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di
sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukkan tingkah
laku dan keselamatan di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP), keterbukaan
dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar
menyumbang kepada pembentukkan budaya sekolah. Walaubagaimanapun, budaya
sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan.
RUJUKAN
Budaya bilik darjah. Laman sesawang http://faizahembi.blogspot.com/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html.
Dicapai pada 26 Mac 2019.
Budaya dengan masyarakat. Laman sesawang https://www.google.com/search?ei=Eu2ZXOSVAsyPwgPW1IP4Bw&q=budaya+murid+dengan+masyarakat&oq=budaya+murid+dengan+masyarakat&gs_l=psy-ab.3...15913.17554..18538...0.0..0.104.550.5j1......0....1..gws-wiz.......0i71j35i304i39j0i8i7i30j0i13i5i30j0i13i5i10i30j0i8i13i30.MTSFt9N2aMU.
Dicapai pada 26 Mac 2019.
TAJUK 9 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHAT
TAJUK 9 : PENGURUSAN
BIMBINGAN DAN PENASIHAT
PENGENALAN
Bimbingan dan penasihatan merupakan perkara
yang perlu dititikberatkan oleh sekolah. Hal ini kerana, dengan adanya bimbingan
dan penasihat, masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar disekolah dapat dikongsikan
dengan guru. Secara tidak langsung hubungan antara guru dan murid dapat dieratkan
dan dapat mengurangkan bebanan masalah murid.
Bimbingan adalah satu proses membantu individu
atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar
dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya
dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
Bimbingan juga adalah proses untuk membantu
individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan,
keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Bimbingan adalah merupakan bantuan
atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang
mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.
Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga
dia dapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada
masa hadapan.
Manakala kaunseling pula merupakan
proses untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang
dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai
suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada
diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang
hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling
Amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi
prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembangan manusia serta strategi
intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang
berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.
ISI
PENTING
Falsafah
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi
yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber
dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,
jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
Syarat
Kelayakan Untuk Menjadi Guru Kaunseling
- Mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang behavioral science dan kaunseling
- Ada pemilihan dan latihan kaunselor seperti praktikum
- Memerlukan masa dan latihan yang khusus.
HubungKait
Guru Displin Dengan Guru Kaunseling
- Pelajar yang melanggar peraturan sekolah atau yang bermasalah akan berjumpa dengan guru displin terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan guru kaunselor.
- Guru displin sahaja dibenar memegang rotan manakala guru kanselor hanya boleh memberikan nasihat.
- Guru displin lebih kepada menghukum pelajar manakala guru kaunselor lebih kepada membimbing dan membantu pelajar.
- Maklumat yang didapati berkaitan dengan pelajar bermasalah oleh guru displin bermanfaat kepada guru kaunselor.
Peranan
Guru Kaunseling Di Sekolah
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
1)
Sesi
kaunseling
Þ
Sesi
kaunseling individu (kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi
dan kerahsiaan)
Þ
Sesi
kaunseling kelompok (sesi kaunseling ini melibatkan sejumlah pelajar yang
mempunyai masalah yang sama atau hamper sama)
2)
Sesi
bimbingan
Þ
Sesi
bimbingan individu (pelajar yang dating bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan
bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang berkesan)
Pengurusan Dan Pentadbiran
Urusan
dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya
dengan pihak pentadbir sekolah atau agensi luar
Akademik
Kaunselor
bertanggungjawab untuk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran
belajar yang meliputi kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil
nota, pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,
mengulangkaji, menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan
Kerjaya
Bidang
kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita
terhadap kerjaya
Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Meningkatkan
psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar
para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan untuk meneruskan pembelajaran
di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak melalui program-program
yang berteraskan kepada kerohanian, komunikasi dan sebagainya di sekolah
Kaunseling Keibubapaan
Kaunselor
mendapatkan pandangan dan membantu ibubapa untuk menyelesaikan masalah yang
bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah
Pembangunan Diri
Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan
masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah
diperbincangkan
PendidikanPencegahanDadah/ Rokok/
Inhalan/ HIV/ AIDS
Þ
Membantu
murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah
Þ
Pelajar
akan diberikan info berkaitan dengan dadah, rokok, inhalan dan HIV/AIDS
EtikaSebagai
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
1. Tanggungjawab terhadap klien
Þ
Hendaklah
menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa
kaunseling melainkan yang membahayakan klien dan orang sekelilingnya
2. Tanggungjawab terhadap rakan profesional
Þ
Bertanggungjawab
untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan guru
kaunseling yang tidak beretika
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat
Þ
Guru
kaunseling juga hendaklah memahami dan menghormati unsure sosio-budaya masyarakat
di mana dia berkhidmat
4. Tanggungjawab terhadap organisasi dan majikan
Þ
Hendaklah
berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya
KESIMPULAN
Natijahnya, bimbingan dan kaunseling adalah
sangat penting dan perlu dititikberatkan di sekolah. Dengan adanya bimbingan dan
kaunseling, pelajar-pelajar dapat berkongsi masalah bersama guru kaunseling untuk
mengurangkan tekanan perasaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
GAMBAR AHLI KUMPULAN 6
Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...
-
Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...
-
TAJUK 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN PENGENALAN Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang ...