Saturday, March 23, 2019

TAJUK 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


TAJUK 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, Pengurusan bermaksud kerja mengurus sesuatu perkara secara berterusan. Manakala Pembelajaran bermaksud proses sesuatu perkara yang baharu. Pengurusan dan Pembelajaran melibatkan proses merancang, memimpin dan megawal daya usaha untuk mewujudkan sesuatu perubahan dalam diri seseorang yang tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Definisi Pengurusan merujuk kepada proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli – ahli organisasi dan menggunakan sumber – sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984). Manakala menurut ( Robbins, 1984 ) Pengurusan merujuk kepada proses untuk mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mecapai matlamat.

ISI PENTING
            Antara kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah kaedah berpusatkan guru, berpusatkan pelajar, berpusat bahan dan kaedah mengaitkan dengan pengalaman. Menurut Ewert, Place dan Sibthorp (2005), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikaitkan dengan pengalaman mampu mendedahkan para pelajar kepada pengalaman sebenar berbanding dengan pembelajaran secara teori sahaja. Berpusatkan guru mestilah guru yang menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. Sebagai contoh kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan – soalan yang diberi oleh guru. Manakala berpusatkan pelajar pula ialah pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.  Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktivit yang dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas. Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan – kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
            Pengurusan sekolah adalah sebuah sistem pengurusan organisasi bagi menjamin matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan lancar. Namun, pengurusan sekolah menjadi semakin sukar dengan cabaran – cabaran yang semakin bertambah standing dengan kemajuan Negara. Kesukaran ini, juga disebabkan oleh pembaharuan sistem pendidikan yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua guru. Sebagai contoh pengurusan yang terdapat di sekolah ialah pusat sumber, bilik pembelajaran atau bilik darjah, tingkah laku atau disiplin, penasihat, multi budaya, multi budaya, sekolah dan masyarakat serta pengurusan kokorikulum.
            Antara prinsip yang perlu diamalkan dalam sesi pembelajaran adalah ianya mestilah kondusif, bermatlamat dan mampu mendorong para pelajar.Suasana yang kondusif sedikit sebanyak dapat mrningkatkan minat belajar dalam diri para pelajar. Ditambah pula dengan dorongan yang positif daripada guru, pelajar – pelajar ini akan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu .Antara prinsip pembelajaran yang lain ialah pembelajaran yang tidak boleh diwakilkan dimana pembelajaran hendaklah berlaku secara langsung melalui aktiviti – aktiviti pembelajaran dan bukan dilakukan oleh guru atau oleh orang lain. Selain itu, guru perlulah bertindak sebagai penggerak, pendorong, penyokong, dan pemudahcara kepada pelajar malalui sokongan emosi dan intelek yang berterusan.

KESIMPULAN
            Profesion pengajar adalah tugas professional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran – kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan dan lain – lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar. Seorang guru haruslah bersedia dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan di sekolah yang melibat kan pentadbiran, kelas, kokurikulum dan tingkahlaku pelbagai murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

SUMBER
Akhiar Pardi Shamsina Shamsudin (2008) Rancangan Pengajaran Harian Dalam           Pengurusan Pengajaran Pembelajaran Untuk Bakal Guru Guru Dalam        Perkhidmatan Dan Pensijilan 2008 Puchong Selangor Penerbitan Multimedia S       DN BHD LB2806 15 A34 2010
Abdul Malek Bilal Sidek(1995) Pengurusan Sumber Dan Pembelajaran Kuala Lumpur   Darul Fikri Z675 A23 1995

No comments:

Post a Comment

GAMBAR AHLI KUMPULAN 6

Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...