Wednesday, March 27, 2019

TAJUK 4 : PENGURUSAN MURID


TAJUK 4 : PENGURUSAN MURID

PENGENALAN
            Menurut Jaafar Muhammad ( 1998 ) mendefinisikan pengurusan murid sebagaisatu proses yang digunakan untuk mengagihkan input – input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasi, pengarahan dan pengawalan. Hal ini bertujuan untuk mengeluarkan output ( perkhidmatan ) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi dapat dicapai. Proses pengurusan murid ini terdiri daripada beberapa aspek iaitu proses perancangan, pentadbiran dan pengawalan atau pemulihan.
            Menurut Azman B. Hj Adnan ( InstitutAminuddinBaki ) di dalam kursus Pengurusan dan kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan resos – resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata lain, pengurusan murid merupakan proses – proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.
ISI – ISI PENTING
            Isi penting yang saya perolehi dalam topik ini adalah mengenai Sistem Maklumat Murid Berkomputer ( SMM ), Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS , E – Pantau dan Sistem Laporan Adab Belajar, Sistem Maklumat Murid Berkomputer ( SMM ) ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 oleh Tuan Haji MohdYusod bin Muda, yang pada ketika itu beliau merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada masa itu. Sistem Maklumat Murid Berkomputer ( SMM ) mengandungi beberapa maklumat seperti senarai rekod kesihatan murid, rekod Rancangan Makanan Tambahan, rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian, dan kemudahan mendaftar untuk murid.
            Pentaksiran Berasaskan Sekolah pula ini merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistic iaitu dari aspek kognitif ( intelek ), afektif ( emosi dan rohani ) dan psikomotor ( jasmani ) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. PBS ini telah mula dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat sekolah menengah pada tahun 2012. Pada tahun 2016, murid – murid sekolah rendah telah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) yang di tambah baik. Dan pada tahun 2014 pula Penilaian Menegah Rendah( PMR ) telah dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS. Matlamat PBS adalah untuk menilai perkembagan dan kemajuan murid secara menyeluruh melalui aspek pengetahuan, kemahiran serta nilai untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan bagi membuat tindakan susulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah merupakan individu yang akan mengendalikan PBS dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru – guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar mampu meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan.
            Seterusnya, E – Pantau merupakan gabungan antara Sistem Maklumat Murid Berkomputer dan Sistem Pengurusan Peperiksaan untuk memantau prestasi peperiksaan bulanan di sekolah – sekolah . Sistem ini dicipta kerana ingin mengurangkan beban yang dipikul oleh guru – guru membuat analisis seperti yang dikehendaki sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik – bilik darjah. Justeru itu, sistem E – Pantau ini juga membolehkan sekolah – sekolah menentukan Take – off Value ( TOV ) setiap murid sebelum melaksanakan Expected Target Result ( ERT ).
            Selain itu, pada bulan Januari 2004, Sistem Laporan Adab Beajar telah diperkenalkan di sekolah ekoran daripada cadangan Kementerian Pendidikan( 2003 ).  Sistem ini dilaksanakan untuk menilai murid dari segi pencapaian akademik dan mereka perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emoasi dan tingkah laku. Tambahan pula, Sistem Laporan Adab Belajar merupakan satu medium untuk melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap setiap murid. Penilaian ini dilaksanakan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran di sekolah tersebut.
            Seterusnya, isi penting yang saya perolehi adalah mengenai kesediaan murid belajar. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, istilah ‘ kesedian ‘ ditakrifkan sebagai perihal sedia, kesanggupan atau kerelaan. Manakala istilah ‘ belajar ‘ pula bermaksud berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Oleh itu, ‘ kesedian belajar ‘ boleh ditakrifkan sebagai keadaan status diri individu yang rela untuk menerima suatu ilmu pengetahuan dengan berfikiran terbuka daripada menerima suatu ilmu pengetahuan dengan berfikiran terbuka daripada persekitarannya.  Terdapat tiga jenis kesediaan belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif, dan kesediaan psikomotor. Kesediaan konitif adalah kesediaan belajar untuk melakukan aktiviti aktiviti seperti berfikir, menaakul, menganalisis dan menilai. Keupayaan kesedian kognitif ini akan bertambah mengikut tahap perkembangan umur seseorang. Piaget ( 1952 ) mengatakan bahawa teori ini boleh diaplikasikan untuk merancang aktiviti pembelajaran dan objektif.  Kesediaan afektif pula merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan suatu aktiviti. Manakala kesediaan psikomotor pula berkaitan dengan penggunaan keperluan kemahiran dan penyelarasan tulang dan oto aktiviti fizikal. Kesediaan psikomotor ini harus diambil kira kerana setiap murid mempunyai potensi dan tindakan fizikal yang berlainan walaupun berada pada umur yang sama.
            Selain itu, terdapat faktor domain yang mempengaruhi kesediaan belajar iaitu factor pengalaman dan kemantangan. Faktor pengalaman adalah pengalaman yang asas mampu menyediakan individu mengikut proses pengajaran dan pembemlajaran dengan lebih mudah dan jelas. Faktor kematangan pula berkaitan dengan proses pertumbuhan yang wujud dalam setiap diri murid, dan merupakan unsur yang penting dalam prasyarat pembelajaran berkesan. Faktor ini dibahagikan kepada empat peringkat iaitu kemantangan fizikal, mental, social dan emosi.
KESIMPULAN
            Sebagai rumusnya, seorang guru itu seharusnya tidak memberikan focus yang sepenuhnya kepada aktiviti mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru  tersebut haruslah mengetahui tentang pengurusan murid dan mengaplikasikannya kepada setiap murid. Ini kerana murid – murid tersebut memerlukan seorang penolong yang arif untuk menolong mereka melebarkan sayapnya ketahap yang lebih tinggi dalam dunia pendidikan.

RUJUKAN

Ang Jit Eng( 2007 ) pengurusan disiplin murid Kuala Lumpur PTS Professional Publishing LB3012 4 M4 A54
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim ( 2001 ) Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid     shah alam Selangor cerdik pub lb 10275 m59
Abdul Malek Bilal Sidek( 1995 ) pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.      Kuala Lumpur Darulfikri Z675 A23 1995


TAJUK 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

TAJUK 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

PENGENALAN
            Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan.  Manakala kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk memimpin sesebuah persatuan melalui teladan. Kepimpinan pengajaran pula adalah segala tindakan yang wajar dilakukan bagi memperkembangkan potensi dan menarik minat setiap palajar.
            Organisasi yang baik mempunyai visi dan misi yang kedepan serta cemerlang.  Pimpinan dalam organisasi organisasi adalah jabatan atau posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang memduduki jabatan sebagai pemimpin. Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang ( AbdKarim 1989 ).  Selain itu, menurut ( Robbins, 2033 ) organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama.
ISI PENTING
            Kepimpinan di peringkat sekolah dibahagikan kepada empat iaitu Autokratik, Demokratik, Laissez – Faire dan Kontigensi. Autokratik adalah kepimpinan secara sehala iaitu daripada seorang pemimpin kepada orang yang dipimpinnya. Demokratik pula mengamalka sikap adil dan sama rata. Bagi Laissez – Faire pula, ianya bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh Autokratik. Yang terakhir adalah kontigensi iaitu kepimpinan yang berpandukan kepada sesebuah situasi yang sedang dihadapi. Antara contoh kepimpinan autokratik yang diamalkan di sekolah ialah pengetua member arahan, guru – guru hanya mendengar dan mengikut sahaja . Guru – guru tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau member cadangan. Jadi, ia akan menyebabkan motivasi guru – guru menjadi rendah. Maka, guru – guru akan terlalu bergantung kepada pengetua.
            Selain itu, gaya kepimpinan Demokratik pula yang diamalkan di sekolah ialah interaksi dua hala. Pengetua akan berbincang, menerima dan member pandangan serta member peluang kepada guru untuk menaja idea.  Setiap sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama – sama. Gaya ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru – guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tenang dan gembira.  Dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Mengalakkan kerjasama, hormat dan hubungan mesra antara pelajar dengan guru. Tapi gaya ini juga mempunyai kelemahan iaitu tempoh masa untuk membuat keputusan adalah lebih lama untuk medapatkan keputusan yang tepat dan bernas.
            Sehubungan dengan itu, gaya lain yang diamalkan di sekolah adalah Laissez – Faire. Gaya ini bertentangan dengan Autokratik kerana ia menyebabkan seseorang guru tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak mempunyai matlamat yang tetap.  Pengetua memberikan kebebasan sepenuhnya kepada guru untuk membuat keputusan. Pengetua tidak membuat penilaian , tidak member pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli atau guru. Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli atau guru. Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru – guru. Jadi dalam hal in akan menyebabkan guru – guru melakukan kerja dengan sambil lewa atau curi tulang dan menyebabkan organisasi menjadi tidak teratur dan kerja yang perlu dilaksanakan menjadi tertunggak.
            Seterusnya, gaya kepimpinan Kontingensi.  Dimana semua sumbangan pemimpin dilihat dalam bentuk keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung pada gaya kepimpinan dan kesesuaian yang dihadapinya. Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Gaya ini melibatkan tiga factor utama yang mempengaruhi kesesuaian dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur tugas dan posisi kuasa. Menurut Noriati A.Rashidet . al. ( 2010 ) . Teori atau model Kontingensi sering dibuat atau disebut sebagai teori situasi ketan teori ini mengemukakan kepimpinan yang bergantung pada situasi. Model atau teori Kontigensi Fiedler ini menjelaskan tentang kelompok efektif yang bergantung pada kecocockan antara gaya kepimpinan yang berinteraksi dengan subordit sehingga situasi menjadi pengendali dan berpengaruh terhadap pemimpin. Misalnya menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon ( 2010 ) kepimpinan ini boleh dilihat apabila guru besar menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud.
            Antara ciri – cirri seorang guru yang berkepimpinan adalah berdasarkan amalan pembelajaran yang berterusan, tidak mementingkan diri sendiri, berkebolehan dalam memipin, mampu menjadi teladan untuk para pelajar dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Menjadi seorang guru berkemahiran membuat keputusan adalah sangat penting. Hal ini kerana apabila seorang guru gagal dalam membuat keputusan yang melibatkan para pelajarnya, dia akan melihat kegagalanya itu merosakkan diri para pelajarnya.
Gaya pengajaran seseorang guru itu menunjukka bagaimana sikap kepimpinan yang diamalkannya di dalam kelas. Kepimpinan di dalam kelas atau bilik darjah ini melibatkan cara guru – guru menarik perhatian para pelajarnya dan membuatkan para pelajar focus sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Kemahiran ini juga wujud apabila para guru ini menguruskan sesebuah kelas yang mempunyai para pelajar dengan tahap kepintaran dan perkembangan berbeza.
KESIMPULAN
            Sebagai kesimpulannya, dalam menjayakan sesebuah organisasi, pemimpinnya perlulah mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi agar dapat menyakinkan anak buahnya dan juga masyarakat sekeliling. Di sekolah pengetua sebagai pemimpin yang dibantu oleh guru – guru yang lain sentiasa berusaha untuk memastikan semua para pelajarnya dapat mencapai kejayaan yang diigini.  Kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Hakikatnya, guru tetap perlu menjaga integriti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Dalam kontek sini, semua guru dan warga sekolah perlu mengamalkan sikap professional dan lebih terbuka dalam menghadapi senario ini dengan menganggapnya tidak lebih dari sekadar pandangan yang positif.


SUMBER
Ishak Mad Shah ( 2008 ) Kepimpinan Dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi Johor Universiti Teknologi Malaysia HM1261 1848
Abdul Malek Bilal Sidek( 1995 ) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran.   Kuala Lumpur Darul Fikir Z675 A23 1995.

Saturday, March 23, 2019

TAJUK 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


TAJUK 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, Pengurusan bermaksud kerja mengurus sesuatu perkara secara berterusan. Manakala Pembelajaran bermaksud proses sesuatu perkara yang baharu. Pengurusan dan Pembelajaran melibatkan proses merancang, memimpin dan megawal daya usaha untuk mewujudkan sesuatu perubahan dalam diri seseorang yang tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Definisi Pengurusan merujuk kepada proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli – ahli organisasi dan menggunakan sumber – sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984). Manakala menurut ( Robbins, 1984 ) Pengurusan merujuk kepada proses untuk mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mecapai matlamat.

ISI PENTING
            Antara kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah kaedah berpusatkan guru, berpusatkan pelajar, berpusat bahan dan kaedah mengaitkan dengan pengalaman. Menurut Ewert, Place dan Sibthorp (2005), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikaitkan dengan pengalaman mampu mendedahkan para pelajar kepada pengalaman sebenar berbanding dengan pembelajaran secara teori sahaja. Berpusatkan guru mestilah guru yang menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar. Sebagai contoh kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan – soalan yang diberi oleh guru. Manakala berpusatkan pelajar pula ialah pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.  Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktivit yang dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas. Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan – kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
            Pengurusan sekolah adalah sebuah sistem pengurusan organisasi bagi menjamin matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan lancar. Namun, pengurusan sekolah menjadi semakin sukar dengan cabaran – cabaran yang semakin bertambah standing dengan kemajuan Negara. Kesukaran ini, juga disebabkan oleh pembaharuan sistem pendidikan yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua guru. Sebagai contoh pengurusan yang terdapat di sekolah ialah pusat sumber, bilik pembelajaran atau bilik darjah, tingkah laku atau disiplin, penasihat, multi budaya, multi budaya, sekolah dan masyarakat serta pengurusan kokorikulum.
            Antara prinsip yang perlu diamalkan dalam sesi pembelajaran adalah ianya mestilah kondusif, bermatlamat dan mampu mendorong para pelajar.Suasana yang kondusif sedikit sebanyak dapat mrningkatkan minat belajar dalam diri para pelajar. Ditambah pula dengan dorongan yang positif daripada guru, pelajar – pelajar ini akan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu .Antara prinsip pembelajaran yang lain ialah pembelajaran yang tidak boleh diwakilkan dimana pembelajaran hendaklah berlaku secara langsung melalui aktiviti – aktiviti pembelajaran dan bukan dilakukan oleh guru atau oleh orang lain. Selain itu, guru perlulah bertindak sebagai penggerak, pendorong, penyokong, dan pemudahcara kepada pelajar malalui sokongan emosi dan intelek yang berterusan.

KESIMPULAN
            Profesion pengajar adalah tugas professional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran – kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan dan lain – lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar. Seorang guru haruslah bersedia dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan di sekolah yang melibat kan pentadbiran, kelas, kokurikulum dan tingkahlaku pelbagai murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

SUMBER
Akhiar Pardi Shamsina Shamsudin (2008) Rancangan Pengajaran Harian Dalam           Pengurusan Pengajaran Pembelajaran Untuk Bakal Guru Guru Dalam        Perkhidmatan Dan Pensijilan 2008 Puchong Selangor Penerbitan Multimedia S       DN BHD LB2806 15 A34 2010
Abdul Malek Bilal Sidek(1995) Pengurusan Sumber Dan Pembelajaran Kuala Lumpur   Darul Fikri Z675 A23 1995

TAJUK 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN


TAJUK 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Mengurus adalah satu alat yang penting bagi mengawal kelakuan dan sikap pelajar. Apabila guru bijak menguruskan pelajar, maka guru akan dapat mengatasi masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran malah akan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pengurusan biasanya untuk mencapai objektif dengan memberikan tugasan kerja kepada orang lain supaya kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut. Umumnya, “ Pembelajaran merupakan proses memperolehi lmu pengetahuan atau kemahiran “. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, Pembelarajan merupakan“ Perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan “. Selain itu, mengikut Woolfolk (1980), Pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan dan ianya boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Mengurus pembelajaran merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan proses pembelajaran itu sendiri berjalan dengan lancar.

ISI PENTING
            Terdapat tiga teori utama yang digunakan dalam bidang ini, iaitu Fungsionalisme, Konflik dan Interksionalisme. Teori Fungsionalisme adalah mengkaji perlakuan social atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Manakala teori konflik merujuk kepada persoalan mengenai sama ada struktur – struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, social dan agama yang membawa kepada kesejahteraan manusia. Dalam konteks ini, kita lebih menumpu kepada aspek pendidikan. “ Persoalan pertama apakah aspek pembelajaran yang perlu diuruskan oleh pelajar. “ Pertamanya pengurursan masa yang berkesan. Merancang jadual waktu harian. Bertujuan untuk perancanganj adual waktu dibuat agar kesesuaian waktu untuk belajar dan aktiviti seharian lebih tersusun dan bermakna. Selain itu, penuhkan masa lapang. Masa lapang boleh dipenuhi semasa menunggu bas. Dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos atau kantin sekolah dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca, menulis nota atau setidak – tidaknya berfikir sesuatu yang bermanfaat. Seterusnya, rancangan bertindak dikaitkan dengan susunan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan.
            Teori kedua ialah Interaksionisme yang membincangkan mengenai perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan perkembangan kemahiran sosial. Sosiologi terdiri daripada tiga jenis, iaitu sosialitasi primer yang berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan kemahiran sosial. .Kedua adalah sosialisasi sekunder yang merupakan proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan, guru, media massa, dan sebagainya. Persoalan kedua yang timbul “ Apakah factor luaran yang mempengaruhi seseorang pelajar dalam menguruskan pembelajaran “ . Menurut Chalak, A &Kassalan, Z (2010) adalah merujuk kepada motivasi yang terbina dipengaruhi oleh factor luaran seseorang. Beliau telah menfokuskan factor ekstrinsik kepada factor penyebab yang diperoleh dari luar diri seseorang yang telah menyatukan motivasi di dalam diri pelajar tentang keanggotaan dalam menguasai bahasa masyarakat. Antara factor persekitaran yang mempengaruhi seseorang pelajar adalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sekolah.          Teori yang ketiga pula, adalah teori Konflik. Dipelopori oleh Karl Marx (1818 – 1883 ) dan diikuti oleh Max Webber ( 1864 – 1920 ). Teori ini melihat masyarakat daripada pelbagai perspektif konflik dan perubahan. Konflik boleh berlaku antara kelas social berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan serta konflik yang menyumbang kepada perubahan sosial. Hal ini menimbulkan beberapa faktor. Antaranya, factor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan merupakan asas kepada pembentukan masyarakat. Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi politik , keluarga dan pendidikan dikenali sebagai super struktur yang dibentuk dan dipengaruhi oleh factor asas ekonomi. Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk kekalkan kuasanya. Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar seperti latar belakang keluarga, kelas sosial dan sebagainya. Maka, perkembangan diri tidak diutamakan kerana ia dapat member dorongan yang besar kepada pelajar sebagai contoh semangat daripada ibubapa dan guru.

KESIMPULAN
            Terdapat perbezaan yang jelas antara teori – teori yang dikemukan oleh golongan bijak pandai. Sebagai perbandingan, didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli – ahli Fungsionalisme dan Konflik ialah bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan bagaimanakah perubahan social itu berlaku. Manakala ahli – ahli teori Interaksionimse simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial. Dengan erti kata lain, penganalisis mereka berbeza daripada aspek makro dan mikro.

SUMBER
Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran.     Kuala Lumpur DarulFikri Z675 A23 1995
SaidatulAinoorShaharim (2015) Analisis Interaksi Guru Pelajar Persekitaran       Pembelajaran Dan Komitmen Pelajar Terhadap Keselesaan Biologi Tanjung         Malim Fakulti Sains dan Matematik University Pendidikan Sultan Idirs LB3013 S252015

GAMBAR AHLI KUMPULAN 6

Dari kiri, Fatimah Hamizah Binti Abdul Shukor ( D20181083523), Fatin Binti Itam (D20181083021), Mohamad Jalil Hakimi Bin Hassan (D2018...